Sunday 13 January 2013

GLUTATHIONE-BENARKAH BAIK UNTUK KULIT?

APAKAH GLUTATHIONE?

Glutathione adalah molekul antioksidan yang terdapat secara semulajadi di dalam tubuh badan manusia. Hampir semua sel dalam tubuh badan manusia berupaya menghasilkan glutathione.

Fungsi utama glutathione adalah untuk meneutralkan toksin (neutralization of free radicals  and reactive oxygen compounds) yang terdapat dalam sel-sel dan tisu-tisu manusia. Fungsi-fungsi lain adalah termasuk mengawal kitaran nitrik oksida, mensintesis dan membaiki kerosakkan DNA dalam badan manusia.

Sebab kepentingan glutathione sangat menyeluruh, apabila kita kekurangan glutathione, hampir semua sistem dalam badan terutama sistem imun, neuron, gastrointestinal dan paru-paru akan terjejas. Paras glutathione semakin menurun dengan peningkatan umur dan dalam keadaan stres berlebihan.

Glutathione kurang berkesan bila diambil secara oral kerana penyerapan glutathione di dalam usus tidak maksimum.

Glutathione dikatakan baik untuk kulit kerana sifatnya yang meneutralkan radikal termasuklah di kulit juga, dengan itu menghalang pembebasan melanin di kulit, sebab itulah ianya dikatakan ada
"whitening effect"!

No comments:

Post a Comment