Monday 19 October 2015

PARUT JERAWAT- HARAPAN BARU (Part 1)

Ramai yang bertanya saya bagaimana nak rawat parut jerawat. Sememangnya parut jerawat adalah antara masalah yang sangat meninggalkan kesan psikologi yang hebat kepada si pesakit tersebut. Antara teknik yang menjadi pilihan pesakit ialah laser seperti fractional CO2 laser, microneedle, microdermabrasion(untuk kes-kes yang tidak serius), chemical peel(deep peel) dan antara yang terkini ialah Nano Cell Extract dan PRP.

Hari ini saya kongsikan sedikit mengenai Nano Cell Exract dan bagaimana ianya membantu mengurangkan parut jerawat. 

MFIII Nano Cell Extract adalah antara rawatan berasaskan bahan natural yang boleh membantu membaiki tisu-tisu kulit supaya dengan merangsang kulit baru yang lebih halus dan sihat. Seseorang boleh mengambil rawatan ini dengan 3 cara, samada secara oral, intra-muscular injection atau intradermal injection.


Untuk kes parut jerawat, disarankan anda mengambil dalam bentuk indradermal iaitu suntikan terus ke kulit muka. Anda memerlukan antara 3-10 sesi rawatan bergantung kepada tahap keseriusan parut anda.

Produk MFIII mempunyai banyak kajian kukuh yang menyokong penggunaan dan hasilnya. Harganya agak high end kerana kualitinya yang terjamin. Rawatan ini ditawarkan di Klinik Ku berdasarkan kesesuaian.  

Untuk maklumat lanjut, klik sini.

Oh ya..sebelum saya terlupa, rawatan yang sama juga sesuai sebagai anti-ageing treatment. Untuk sesiapa nak improve kulit secara amnya, supaya lebih halus, kurang garisan-garisan kedut, dan lebih flawless, boleh juga dapatkan rawatan yang sama. 


Nantikan Part 2 harapan baru untuk parut jerawat....PRP!



Dr Ku Masliza

2 comments: