Sunday 8 November 2015

Doc, cam na nak kurus?

Assalamualaikum & salam sihat semua,

Antara soalan popular dari pesakit saya macam mana nak turunkan berat badan dengan berkesan.

Yes!..its all about being healthy


Setelah hampir 10 tahun dalam bidang estetik dan healthy aging ini, saya ada beberapa pemerhatian untuk dikongsikan bersama.

1. Ramai yang tanpa disedari atau dalam keadaan sedar, tidak berbuat apa-apa walaupun berat badan dirasai semakin bertambah. Mereka cuma membeli baju baru yang lebih besar saiznya dari masa ke semasa. Mungkin ada yang sedar tetapi belum cukup kuat untuk berbuat sesuatu, sehinggalah orang-orang sekeliling kita seperti suami atau ibu bapa atau kawan2 mula menegur barulah mula terasa di hati.

2. Ada yang sedar perlu untuk berbuat sesuatu tetapi kurang motivasi dan mahukan jalan cepat untuk kuruskan badan. Mereka ini 'jump from one slimming centre to another' hoping to find fast solution.

3. Segelintir lagi suka mencuba sesuatu sekadar menyedapkan hati sendiri, soeolah-olah 'i am doing something about my weight'...pada hakikat sebenarnya mereka datang untuk 1 atau 2 sesi dan terus hilang, selalunya mencuba teknik lain atau akan berikan jawapan, 'saya dah cuba rawatan ini tapi tak berjaya'...dan akan menyalahkan rawatan yang tidak berkesan..

4. Sekumpulan lagi jenis 'ada aku kisah'...so gemuk pun tak pe lahh dok..asalkan 'sihat'... hakikat sebenarnya gemuk yang melampau memang tidak sihat.

5. Yang satu kumpulan ni lah yang saya suka...yang sangat bermotivasi dan bermatlamat dan memberi kenyataan seperti 'no matter what doc, i must lose weight'...so orang yang seperti inilah yang memang akan berjaya.. turun 10-15kg dlm masa 3-4 bulan menjadi kenyataan..

Bagaimana nak turunkan berat badan doc?....nanti saya akan kongsikan caranya dalam artikel yang akan datang ye....






No comments:

Post a Comment