Thursday 19 November 2015

JERAWAT LAGI

EVERYONE DESERVES TO BE FREE of ACNE


Salam sihat semua.

Kali ni saya nak sentuh sedikit mengenai sejenis jerawat yang dikenali sebagai jerawat bernanah, jerawat batu atau jerawat bisul atau medical termnya nodularcystic acne.

Nodularcystic acne ini agak sukar dirawat berbanding dengan jenis jerawat yang biasa. Ataupun mengambil masa yang lebih lama untuk dirawat daripada biasa.

Ciri2 jerawat bernanah ini:

Lebih banyak terjadi di kalangan kaum lelaki.


Samada inflammatory atau non-inflammatory(merah beradang atau tidak).

Boleh terjadi di bahagian muka, dada atau/dan belakang badan.

Berbiji-biji samada keras atau lembut(pus or fluid filled)

Selalunya menyebabkan
parut yang agak dalam.


RAWATAN:

Agak mencabar. Perlu kombinasi ubat makan, ubat topikal dan rawatan di klinik .

Kebanyakkan pesakit perlu kepada penggunaan isotretinoin(sejenis ubat makan yang terkawal, hanya boleh didapati dari sesetengah doktor pakar sahaja), antibiotik  dan intralesional steroid.

Parut yang dalam boleh dibantu kemudiannya dengan rawatan fractional CO2 laser, PRP atau/dan microneedle.

Pesakit harus diberi kefahaman tentang keadaan kulit yang mengambil masa untuk respond kepada rawatan. Ini kerana kebanyakkan mereka akan merasa sedih atau rendah diri untuk bertemu dengan sesapa saja.

Pandangan saya, sesapa yang mengalami masalah jerawat batu ini jumpalah doktor, walaupun memang kita tahu rawatan agak mencabar tetapi jangan berputus asa.. terus mencuba..InshaAllah anda pasti berjaya. I believe everyone deserves to be free of acne. Give time ya..

Dr Ku Masliza

No comments:

Post a Comment