Wednesday 30 March 2016

Rawatan PRP



Ramai yang WhatsApp dan bertanya mengenai PRP ini.

Adakah PRP ni sakit?
Berapa banyak sesi perlu dibuat untuk nampak results?
Kos nye bagaimana?


Secara amnya, oleh kerana PRP memerlukan penggunaan jarum, sudah tentu ada sakit sedikit sebanyaknya. Cuma, bergantung kepada teknik yang digunakan oleh sesorang doktor, sakit yang dirasai juga berlainan kadarnya. Ini anda haruslah berbincang dengan doktor tersebut. Tetapi secara amnya juga, kulit pesakit akan disapu dengan krim bius terlebih dahulu sebelum prosedur ini dilakukan.

Seseorang memerlukan sekurang-kurangnya 3 sesi, jarak sebulan satu, atau  bergantung kepada masalah kulit dan bagaimana respon anda terhadap rawatan tersebut.

Kos berbeza-beza antara pusat rawatan, bergantung kepada teknik dan mesin yang digunakan,  kebiasaannya antara RM 900-3000 per sesi, juga bergantung kepada bahagian badan dan permasalahannya juga. ( contohnya, PRP untuk osteoarthritis lutut sudah tentu tak sama harga dengan PRP untuk parut Keloid).

Keberkesanan PRP ini kebiasaannya boleh dilihat 3 hingga 4 minggu selepas prosedur dibuat.


Semoga info ini bermanfaat untuk semua.

No comments:

Post a Comment