Monday 7 August 2017

TCA CROSS...APA TCA NI DOC?

TCA bererti Trichloroacetic Acid, sejenis bahan kimia dari kumpulan acetic acid yang sekian lama digunakan sebagai ejen penglupasan kulit untuk tujuan kecantikkan. TCA bilamana disapu kepada kulit akan meresap masuk ke dalam lapisan epidermis dan melonggarkan sel-sel kulit mati yang berada di permukaan atas. Walau  bagaimana pun, kadar resapan dan kedalaman asid ini masuk ke dalam kulit bergantung kepada kepekatan asid yang digunakan. Oleh itu secara amnya adalah dinasihatkan supaya rawatan ini TIDAK dibuat sesuka hati di rumah atau salon. Risiko kulit merah dan melecur semakin tinggi dengan konsentrasi asid yang digunakan dan juga dengan bilangan lapisan larutan yang disapu ke atas kulit.

Secara amnya, TCA peel boleh membantu untuk masalah-masalah berikut: 

Jerawat
Pigmentasi dan brown spots
Garisan kedut yang halus
Parut jerawat yang bertompok-tompok hitam

TCA CROSS pula bermaksud Chemical Reconstruction of Skin Scar

Melibatkan penggunaan TCA berkonsentrasi tinggi, disapu khas ditempat yang berparut lubang(depressed scars), yang mana selepas ianya meresap masuk ke dalam kulit, akan ada inflamasi berlaku, dan salah satu produk inflamasi terhasil adalah kolagen dan tisu baru yang tumbuh dan mengisi lubang parut tersebut. Proses penghasilan tisu baru mengambil masa dari 2 minggu selepas rawatan sehinggalah beberapa bulan. Jadi result mengambil masa untuk dilihat.


Skin frosting yang berlaku semasa TCA CROSS

Prosedur ini antara rawatan yang ringkas dan berkesan di samping kos yang agak rendah berbanding dengan teknik lain. 

Selepas rawatan, bahagian kulit yang disapu TCA akan menjadi putih, dan akan hilang selepas beberapa jam. Selepas 1-2 hari bahagian tersebut akan menjadi gelap dan kering. Selepas beberapa hari, kulit tersebut akan mengelupas dan tanggal.

Penjagaan selepas rawatan termasuk melindungi kulit dengan Gel UV yang sesuai dengan jenis kulit.

Untuk kulit jenis Asia seperti Kaum Melayu dan India, ada risiko Post Inflammatory Hyperpigmentation(PIH), yang akan hilang selepas beberapa bulan. Masalah ini tidak berlaku di kalangan Caucasian dan yang berkulit cerah.

Untuk mendapat results optimum, prosedur ini perlu diulang beberapa kali.

03 41490801/013 3477284

No comments:

Post a Comment