Friday 10 November 2017

KULIT KERING DAN KULIT GATAL

EUTH+ ESSENTIAL OILS ARGAN
Euth + essential oil....harapan terkini


Masalah kulit gatal adalah perkara biasa di kalangan kita. Setiap seorang dari kita pernah sekurang-kurangnya sekali atau lebih rasa gatal kulit dalam seumur hidup kita.

Boleh dikatakan secara amnya kulit kering akan menyebabkan rasa gatal di kulit. Tetapi penyebab kepada kulit gatal  bukan semestinya kulit kering sahaja tetapi pelbagai.

Kulit kering (xerosis)

Kulit normal diselaputi bahan lipid semulajadi dalam lapisan epidermis yang berfungsi melindungi kulit dari kehilangan air dan dengan itu memastikan kulit sentiasa lembap.

Kulit kering tidak semestinya menandakan penyakit, ada juga aktiviti harian yang boleh menyumbang kepada kulit kering seperti berlebihan penggunaan sabun terutama sabun pencuci tangan jika digunakan berulang-ulang. 

Ada bahan-bahan di dalam sabun atau produk lain yang apabila disapu atau diguna ke atas kulit boleh menghakis bahan lipid di dalam kulit dan seterusnya menghilangkan keupayaan kulit mengekalkan kelembapan.

Tatkala hilang kelembapan di permukaan epidermis kulit, seseorang akan mula terasa gatal.

Gatal kulit merangsangkan seseorang menggaru bahagian tersebut. Ini adalah reaksi spontan yang normal. Cuma ramai yang tidak tahu bahawa aktiviti garu akan hanya memburukkan keadaan. Semakin kuat seseorang itu menggaru, semakin kuat pula rasa gatal. Ini kerana lebih banyak 'histamin' dirembeskan di bahagian kulit tersebut. Kulit menjadi semakin merah dan kawasan gatal seolah-olah merebak lebih besar dari asalnya. Begitulah kitaran gatal-garu yang kebiasaannya menjadi kronik dan meninggalkan parut. Ada juga yang sampai menjadi kudis dan dijangkiti kuman.

Sebahagian kita dilahirkan dengan faktor genetik kulit kering, yakni ekzema. Istilah ekzema kadang-kadang ditukar ganti dengan atopic dermatitis. Ya benar, ekzema banyak dilihat di kalangan bayi dan kanak-kanak. Sekiranya didiagnos awal, rawatan dan informasi yang tepat sangat membantu untuk mengatasi maslah gatal kulit dan mencegah kulit dari berparut. Ibubapa perlu diberi kaunseling yang betul  berkenaan masalah ini. Ramai yang mencuba-cuba krim di pasaran dan hanya berjumpa doktor bila dah teruk. Tak kurang jugak yang diberi sesetengah ahli farmasi krim steroid dengan penggunaan berterusan tanpa kawalan. Bila kulit dah teruk baru nak jumpa doktor.





RAWATAN: Antara Harapan, Kejayaan dan rasa Putus Asa.....

Terdapat banyak pilihan krim untuk masalah kulit kering dan ekzema. Setiap individu ada kesesuaiannya sendiri. Jangan mudah berputus asa sekiranya sudah mencuba dan belum ada hasilnya.

Di KLINIK KU sendiri, terdapat pelbagai pilihan. Antara yang terbaru diperkenalkan ialah EUTH + ESSENTIAL OILS...yang mana kandungan utama ialah Argan Oil yang pure yang berasal dari MOROCCO.

Khasiatnya sangat tinggi dan banyak kelebihan berbanding dengan jenama yang lain. Boleh digunakan sebagai pilihan semulajadi(tanpa kimia). 

Image result for euth + essential oils

Antara kandungan istimewa EUTH + ialah:

Pure ARGAN OIL
JOJOBA Seed OIL
ROSEMARY OIL
ROSE HIP OIL
ORANGE OIL
LAVENDER OIL


ANTARA KEGUNAAN EUTH + ESSENTIAL OILS IALAH:

1) SEBAGAI PELEMBAP SESUAI TAK KIRA USIA 

2) MERATAKAN TONA KULIT

3) MENGURANGKAN PIGMENTASI

4) MENGURANGKAN PARUT REGANGAN
 SELEPAS BERSALIN(STRETCH MARK)

5) MENSTABILKAN REMBESAN MINYAK DI KULIT
( dengan itu mengurangkan jerawat)

6) BOLEH DISAPU PADA KULIT SOPAK(VITILIGO)

Harga sebotol (15 ml) : RM 190

BOLEH HUBUNGI 013 3477284/03 41490801


No comments:

Post a Comment