JERAGAT

KISAH JERAGAT

Jeragat adalah salah satu masalah kulit yang banyak dialami oleh wanita-wanita Asia termasuklah di Malaysia. Tompok-tompok hitam terjadi di kulit disebabkan faktor umur, hormon dan pancaran UV. Istilah lain yang digunakan oleh doktor ialah Melasma. 

Melasma sangat mencemaskan ramai wanita kerana kesan psikologi yang hebat. Perasaan malu, rendah diri dan hilang keyakinan diri menghantui mereka ini. Ada kes yang menjejaskan hubungan suami isteri. Ada pulak yang enggan bercampur atau bertemu dengan rakan-rakan. Ada isteri yang enggan menemani suami ke majlis-majlis seperti kenduri atau dinner gara2 muka berjeragat. Tak kurang pula mereka yang habis duit berpuluh ribu membeli produk atau mendapatkan rawatan untuk menghilangkan jeragat.

Melasma ada 2 jenis, samada Dermal Melasma atau Epidermal Melasma. Kebanyakkan wanita mempunyai kedua-dua jenis. Epidermal Melasma bermaksud melanin berada di permukaan epidermis iaitu di lapisan luar kulit. Jenis ini lebih responsif kepada rawatan. Manakala Dermal Melasma bermaksud melanin terkumpul di dalam lapisan dermal yang lebih dalam, dengan itu lebih susah untuk respond kepada rawatan.




Kes 1:


Puan X mengalami kemunculan tompok-tompok hitam di kulit muka sudah lebih dari setahun  lamanya. Asalkan ada rakan yang rekomen ubat, produk kulit atau salon untuk rawatan, Puan X akan pergi atau membelinya. Tapi sedihnya, sudah berpuluh ribu wangnya habis tapi hasilnya tiada, Rasa makin tertekan dan bingung. Kebetulan beliau terjumpa saudara lamanya ketika menghadiri satu majlis yang kebetulan pernah mendapatkan rawatan di Klinik Ku, beliau lantas dibawa ke KLINIK KU untuk rawatan. 


Beliau menjalani rawatan cosmelan dan telah dapat hasil yang begitu baik sekali.


RAWATAN UNTUK MELASMA

Ada beberapa pilihan:

1. Q-switched ND Yag Laser
2. Deep chemical peel
3. Krim yang mengandungi hyrdroquinone dan tretinoin seperti TRILUMA dsbnya.


Tiada pilihan yang unggul dan 100% berkesan. Kebanyakkan kes perlu kepada rawatan kombinasi. Setiap pesakit juga berbeza, ada yang sesuai dengan laser tetapi tak sesuai dengan deep peeling. Begitu juga sebaliknya. Hasil rawatan juga berbeza-beza, dari 0% kepada mungkin sekitar 70-90 % . 

Rawatan Cosmelan adalah deep chemical peeling yang ditawarkan di Klinik Ku kepada pesakit-pesakit tertentu sahaja selepas diperiksa oleh doktor. Rawatan ini perlu kepada penjagaan yang ketat dan disebabkan 'down time' yang agak lama, pesakit perlu fahamkan prosedur ini betul-betul. Pesakit hanya ditawarkan rawatan ini sekiranya doktor meraskan anda sesuai dan anda juga setuju dan faham betul-betul akan 'pros and cons' prosedur ini. Rawatan yang berjaya sangat memberi kepuasan kepada pesakit.

TIPS mencegah jeragat:

Gunakan Krim Pelindung UV dan sapu 3x sehari.
Dapatkan rawatan awal, jangan biarkan jeragat sudah menutupi keseluruhan muka baru nak dapatkan rawatan.
Jangan mudah berputus asa.

No comments:

Post a Comment