Showing posts with label rawatan parut keloid. Show all posts
Showing posts with label rawatan parut keloid. Show all posts

Sunday, 29 November 2015

PARUT KELOID & HYPERTROPIK

[​IMG]Masalah parut amat sering terjadi kepada kita. Terdapat pelbagai jenis parut. Antara yang paling mencabar untuk  di rawat ialah keloid  dan hypetrophic scars. Keloid dan hypertrophic scars ni kedua-duanya merujuk kepada parut yang ditumbuhi tisu fibrous yang berlebihan.

Sekiranya lebihan tisu tertumpu kepada kawasan luka asal, ini dinamakan hypertrophic scar, jika lebihan tisu fibrous ini melangkaui kawasan luka asal kepada tisu normal, ini dinamakan keloids. READ MORE














Monday, 2 November 2015

Doc, please tell me more about PRP..

Ramai yang menalipon dan bertanya mengenai PRP ini.

Adakah PRP ni sakit?
Berapa banyak sesi perlu dibuat untuk nampak results?
Kos nye bagaimana?


Secara amnya, oleh kerana PRP memerlukan penggunaan jarum, sudah tentu ada sakit sedikit sebanyaknya. Cuma, bergantung kepada teknik yang digunakan oleh sesorang doktor, sakit yang dirasai juga berlainan kadarnya. Ini anda haruslah berbincang dengan doktor tersebut. Tetapi secara amnya juga, kulit pesakit akan disapu dengan krim bius terlebih dahulu sebelum prosedur ini dilakukan.

Seseorang memerlukan sekurang-kurangnya 3 sesi, jarak sebulan satu, atau  bergantung kepada masalah kulit dan bagaimana respon anda terhadap rawatan tersebut.

Kos berbeza-beza antara pusat rawatan, bergantung kepada teknik dan mesin yang digunakan,  kebiasaannya antara rm 900-3000 per sesi, juga bergantung kepada bahagian badan dan permasalahannya juga. ( contohnya, PRP untuk osteoarthritis lutut sudah tentu tak sama harga dengan PRP untuk parut Keloid).

Keberkesanan PRP ini kebiasaannya boleh dilihat 3 hingga 4 minggu selepas prosedur dibuat.


Semoga info ini bermanfaat untuk semua.


Dr Ku Masliza.