Showing posts with label slimming. Show all posts
Showing posts with label slimming. Show all posts

Thursday, 16 June 2016

SELAMAT BERPUASA!

RAMADHAN KAREEM!

Hari ini hari ke 11 umat islam di Malaysia berpuasa. Banyak peluang keemasan untuk kita menambahbaikkan mutu kesihatan kita di bulan ini selain dari menambah amalan2 sunat yang banyak disarankan oleh guru2 dan para ulamak di bulan penuh barokah ini.

Antara peluang2 yang terbaik untuk menyihatkan tubuh badan kita ialah:

1) Berhenti merokok

2) Menurunkan berat badan yang berlebihan

3) Reset waktu tidur kepada yang lebih sihat seperti tidur awal sekitar jam 10am dan bangun awal sekitar 4.30am

Kira-kira 12 jam selepas anda berhenti menghisap rokok, paras nikotin dan karbon monoksida dalam badan mula menurun. Tubuh anda sedang melalui proses penyembuhan. Anda akan melalui beberapa fasa 'withdrawal' di mana anda akan merasa mulut kering, lidah tak selesa, naik berat badan(fluid retention), merasa lapar atau penat dan gelisah. Simtom2 ini dari penurunan paras nikotin yang sememangnya selama ini membuat anda ketagihan rokok. Bersabar ya...kerana hanya beberapa hari saja anda akan melalui ini semua dan ianya bukan selama-lamnya.  Stay strong!

Ambil kesempatan ini juga untuk mengurang makanan karbohidrat dan bergula, cuba betul-betul hadkan pengambilan makanan sewaktu berbuka selama sebulan, anda pasti boleh dapat kurangkan beberapa kilo bulan ini. 

Ramai yang selalu tidur lewat malam, habit yang kurang baik untuk kesihatan jangka panjang. Beberapa jenis hormon seperti melatonin dan cortisol dihasilkan ketika kita tidur. Jika waktu tidur tak tetap, kita boleh mengalami masalah kekurangan hormon2 ini.

CUBA ya....azam untuk sihat!


P/S: Juga selepas berbuka pastikan minum air mencukupi kerana dehidrasi boleh mencetuskan penyakit gout( sudah beberapa kes saya ketemu dalam minggu puasa ni)

Dr Ku Masliza


Monday, 7 March 2016

Racun Putih Dalam Makanan Kita

Salam Ceria Semua!

Tahukah anda setiap hari kita semua or kebanyakkan kita mengambil "racun" tanpa disedari?




Haa..racun yang dimaksudkan ialah 'GULA PUTIH'...Rakyat Malaysia terlalu banyak menggunakan gula..kueh-mueh kita manis-manis belaka..air minuman dari teh tarik dan kopi susu pun manis-manis sangat...tak menghairankan bila mana statistik menunjukkan peningkatan pesakit diabetes dan yang paling menakutkan ialah golongan muda yang sudah mula terkena penyakit ini.

Dan Malaysia juga sedang menuju kepada negara yang mempunyai jumlah penduduk obes yang makin bertambah.

So skrng memang saya nak kempen untuk kurangkan gula putih dalam makanan dan minuman kita setiap hari..jom bertukar kepada stevia(dari daun stevia) yang tiada kalori maksudnya lebih selamat, tidak menggemukkan dan tidak menyebabkan penyakit!



Kurangkan pengambilan gula membawa kepada kurang risiko penyakit2 seperti diabetes, kanser, sakit jantung dan sebagainya.

Tidak ada apa-apa kerugian menggantikan gula kepada stevia.

Ubah cara hidup anda sekarang, anda boleh melakukannya!


Untuk info lanjut atau pembelian boleh call 03 41490801 atau whats app 013 3477284

Tuesday, 12 January 2016

Sukar untuk berat badan turun bila diet kita tinggi dengan karbohidrat

JOM AMALKAN ZERO/LOW CARBO DIET! (LCHF diet- Low Carbo High Fat Diet)


Salam sihat untuk semua!

Apa kata kita mulakan bulan januari 2016 ini dengan  azam untuk dapatkan berat badan ideal?

Saya memang terlibat secara langsung dalam usaha 'menguruskan' ramai orang...dah bertahun-tahun lamanya.. jadi hari ini saya akan share sedikit tips dan cara yang tidak susah untuk dapatkan berat badan idaman.

Mulakan pagi anda dengan MINDA berkata : "Hari ini saya akan makan lebih banyak buah-buahan, nasi hanya sekali dan lebih banyak protein".

Kenapa?: Diet orang kita ni sngt kaya dengan karbohidrat. Pagi-pagi lagi kalau sarapan di luar, pilihan tertumpu kpd samada roti canai, nasi lemak, soto ayam, lontong, mee goreng, mihun goreng dan yang seumpama dengannya...sangat tinggi kandungan karbo nya.. Karbohidrat yang masuk ke dalam badan jika tidak digunakan akan ditukar kpd lemak simpanan.

Makanan sepertimana yang harus kita elakkan?

1. Makanan dan minuman bergula! Ini yang paling teruk..contohnya.. minuman dalam tin (coke, pepsi, seven up dan yang sewaktu dengannya), minuman jus, candy, ais-krim, coklat, kek, kueh-mueh)

2. Makanan yang tinggi dengan kanji seperti roti, nasi, pasta, bubur nasi, kentang, kentang goreng(fries), mee dan mihun.

3. Marjerin, kerana khasiat kesihatan yang kurang.

4. Buah-buahan yang manis seperti durian, pisang, manggis, rambutan dan mangga.


Apa yang boleh makan doc?

1. Daging seperti ayam, daging lembu atau kambing. 

2. Telur, samada rebus atau omelet.

3. Ikan, sotong, udang dan seumpamnya.

4. Sayur-sayuran (yang hidup di permukaan tanah. ie bukan akar), contohnya kobis, brokoli, asparagus, sawi, bayam, bawang dan bunga kobis.

5. Produk tenusu yang 'full cream' contoh 'butter', 'sour cream', yogurt; elakkan low fat product yang kaya dengan gula.

6 .Kacang.


Agak sukar juga untuk mengubah tabiat pemakanan. Cuma bagi mereka yang bersungguh-sungguh untuk amalkan low carbo diet, saya sarankan mulakan pagi anda dengan whey protein milk shake. Saya sendiri pernah mencubanya dan memang membantu untuk rasa tak lapar and yet low carbohydrate.

Antara whey protein milk shake yang ada di pasaran yang boleh anda cuba.

Selamat mencuba dari saya di KLINIK KU!. Ceria-ceria selalu!
Belanja pic satu hari ni!




Regards,


Dr Ku Masliza

Monday, 28 December 2015

Sesuatu yang baru untuk membantu anda kekalkan berat badan unggul

Doc, macamana nak kuruskan badan ye doc?

Antara soalan-soalan yang sangat popular pesakit bertanya saya saban hari.

Jawapan paling simple: Jangan Makan! haa... tapi dah tentu x practical..

Negara Malaysia menunjukkan statistik kadar obesiti antara tertinggi di asia. Makan bukan lagi untuk keperluan tetapi lebih sebagai aktiviti rutin dan sosial.

Ok...Selain dari mengurangkan kadar kalori makanan yang masuk ke dalam badan kita setiap hari, senaman memang perlu dan amat digalakkan. Ada juga produk-produk tertentu yang membantu meningkatkan kadar metabolik dalam tubuh, mengurangkan selera dan menghalang penyerapan karbohidrat dalam makanan ke dalam usus.. Now di Klinik Ku, saya sudah mula introduce Weight Management Formula yang mempunyai fungsi-fungsi di atas untuk sesiapa yang perlu bantuan mengawal berat badan. This supplement is vegetarian preparation and therefore sesuai untuk kaum Muslim.

Cara pengambilannya ialah 1 biji 30 min sebelum sarapan dan makan tengahari. Hanya 2x sehari sahaja.

Jika and perlu kepada pengurangan berat badan yang lebih optimum, saya sarankan anda combine dengan low calorie diet products untuk mencapai hasrat tersebut. Di Klinik, kemudahan seperti ini disediakan..janji anda  kuat semangat untuk kuruskan badan dan semestinya disiplin untuk mencapai target weight loss anda....  Anda boleh melakukannya!!

Tuesday, 10 November 2015

Betulkah jenis makanan yang diambil seharian?

Sambungan cara2 nak kuruskan badan :

Pelbagai teknik yang terdapat di pasaran untuk kuruskan badan. Dulu saya banyak juga offer rawatan seperti radio-frequency untuk weight loss and body shaping, sekarang saya beralih kepada kuruskan badan secara nutrisi, di mana pesakit akan diberi panduan pemakanan seharian dan kefahaman supaya mereka dapat turunkan berat badan dengan berkesan dan untuk jangkamasa panjang.

Kenapa begitu? Kerana saya dapati rata-rata bila bergantung kepada mesin tanpa menjaga pemakanan berat badan akan kembali naik.

There is no short cut to success..secara logiknya..bila tenaga dalam bentuk makanan masuk ke dalam belebihan setiap hari dan tidak dikeluarkan semula dalam bentuk aktiviti fizikal, tenaga yang berlebihan ini akan disimpan sebagai lemak(inilah tenaga simpanan).

Semalam saya sempat ambil foto poster kalori makanan di KFC di salah sebuah restoran KFC di Hulu Kelang..saya rasa tak ramai yang perasan adanya poster sebegini.

Cuba perhatikan panduan pemakanan KFC ini: Jom kita tengok di mana silap kita.






Ada tak sesiapa yang sebelum makan KFC terlebih dahulu rujuk jadual KFC yang ditampal di dinding restoran?. .

Ok...saranan untuk kalori seharian bagi mereka yang nak kuruskan badan ialah: JANGAN MELEBIHI 1000kcal sehari...

dan bahagikan 1000Kcal ini kepada 5 waktu makanan di dalam sehari. 

Bermakna setiap meal anda hanya dibenarkan mengambil sekitar 200 kcal sahaja. Kalau ikut jadual di atas lebih kurang seketul drumstik sahajalah ye(remember kena kasi ruang untuk minuman). 

Tapi rata2 kita selalunya akan makan mungkin 2-3 ketul ayam dan juga fries(yang memang sangat tinggi kalori, lebih kurang 400-500 untuk satu hidangan). Belum lagi air bergas dan desert ice creamkan.. Easily kalau satu hidangan orang biasa makan adalah sekitar 600-800 kcal.. 

Dan inilah menjadi salah satu punca kenapa berat badan kita makin hari makin bertambah...belum lagi meal waktu lain...baru satu meal sudah hampir kalori 1000...

Jadi..saya sarankan untuk mereka yang benar-benar serius  untuk kuruskan badan...lakukanlah demi kesihatan anda...dan fahami nilai makanan anda.. Kuatkan minda, mantapkan matlamat dan sedikit panduan dan motivasi dari doktor anda...anda akan berjaya turunkan berat anda!!


Sunday, 8 November 2015

Doc, cam na nak kurus?

Assalamualaikum & salam sihat semua,

Antara soalan popular dari pesakit saya macam mana nak turunkan berat badan dengan berkesan.

Yes!..its all about being healthy


Setelah hampir 10 tahun dalam bidang estetik dan healthy aging ini, saya ada beberapa pemerhatian untuk dikongsikan bersama.

1. Ramai yang tanpa disedari atau dalam keadaan sedar, tidak berbuat apa-apa walaupun berat badan dirasai semakin bertambah. Mereka cuma membeli baju baru yang lebih besar saiznya dari masa ke semasa. Mungkin ada yang sedar tetapi belum cukup kuat untuk berbuat sesuatu, sehinggalah orang-orang sekeliling kita seperti suami atau ibu bapa atau kawan2 mula menegur barulah mula terasa di hati.

2. Ada yang sedar perlu untuk berbuat sesuatu tetapi kurang motivasi dan mahukan jalan cepat untuk kuruskan badan. Mereka ini 'jump from one slimming centre to another' hoping to find fast solution.

3. Segelintir lagi suka mencuba sesuatu sekadar menyedapkan hati sendiri, soeolah-olah 'i am doing something about my weight'...pada hakikat sebenarnya mereka datang untuk 1 atau 2 sesi dan terus hilang, selalunya mencuba teknik lain atau akan berikan jawapan, 'saya dah cuba rawatan ini tapi tak berjaya'...dan akan menyalahkan rawatan yang tidak berkesan..

4. Sekumpulan lagi jenis 'ada aku kisah'...so gemuk pun tak pe lahh dok..asalkan 'sihat'... hakikat sebenarnya gemuk yang melampau memang tidak sihat.

5. Yang satu kumpulan ni lah yang saya suka...yang sangat bermotivasi dan bermatlamat dan memberi kenyataan seperti 'no matter what doc, i must lose weight'...so orang yang seperti inilah yang memang akan berjaya.. turun 10-15kg dlm masa 3-4 bulan menjadi kenyataan..

Bagaimana nak turunkan berat badan doc?....nanti saya akan kongsikan caranya dalam artikel yang akan datang ye....






Wednesday, 22 April 2015

PROGRAM KURUS DAN SIHAT

TERBARU!

Klinik Ku kini memulakan satu program pengurusan berat badan yang baru, iaitu pemakanan yang berkalori rendah.

Ramai yang kurang berjaya apabila cuba menurunkan berat badan dengan hanya mengambil suplemen seperti 'fat burner' atau 'fat blocker'. Sesungguhnya realiti sebenar adalah KENAIKKAN BERAT BADAN seseorang itu sangat berkait rapat dengan cara hidup mereka, lebih spesifiknya amaun kalori yang diambil setiap hari dan aktiviti-aktiviti seharian yang dilakukan.

Oleh itu, doktor kami di KLINIK KU sangat komited untuk membantu anda dengan menyediakan 'meal replacement programme' di mana anda akan diberi jadual pemakanan beserta makanan/snek/minuman  yang rendah kalori untuk diamalkan setiap hari di rumah.

3 PLAN UTAMA:

PLAN A : 9 DAY PROGRAMME. 

PLAN B : 16 DAY PROGRAMME

PLAN C : 30 DAY PROGRAMME


NEXT SMALL GROUP WEIGHT LOSS COACHING 

 9TH MAY 2015, 12-2PM

VENUE: KLINIK KU WANGSA MAJU

FREE ENTRANCE

CALL 03 41490801