Showing posts with label rawatan prp. Show all posts
Showing posts with label rawatan prp. Show all posts

Tuesday, 10 October 2017

Jerawat.... kenapa ianya berulang-ulang?

Salam Oktober Semua!!

Dah lama jugak kami dari KLINIK KU tak bersiaran...kekangan masa dan sibuk dengan rawatan dan produk terbaru membuatkan kami kurang ke udara kebelakangan ni...

Antara rungutan-rungutan popular dari pengidap-pengidap jerawat termasuklah:

"kenapa jerawat ni hilang lepas tu datang balik, hilang lepas tu tumbuh balik. Kadang-kadang ok kadang-kadang teruk...dah puas try macam-macam, tak mahu jugak hilang." 

Semasa sesi konsultasi, saya selalu menekankan beberapa faktor yang mempengaruhi pertumbuhan jerawat. Antaranya pengaruh hormon, aktiviti kalenjar minyak yang berlebihan, liang kulit yang tersumbat dan jangkitan bakteria di kulit. Perhatikan betul-betul ye... faktor-faktor yang terlibat ini juga bersifat kronik..yakni..hadir dalam jangkamasa panjang di dalam individu yang berkenaan...jadi dengan itu jugalah menjadi sebab jerawat juga bersifat kronik. Saya selalu tekankan yang jerawat boleh dikawal dengan sebaik mungkin tetapi risiko jerawat datang semula sentiasa ada. Sebab itu jugalah saya selalu sarankan penjagaan kulit yang berterusan walaupun setelah rawatan jerawat sudah tiada.

Jangan putus asa...faham betul-betul, ikut penjagaan betul-betul, Insha Allah, anda boleh bebas jerawat. Dan cuba dapatkan rawatan awal supaya dapat elakkan kulit dari berparut.

NAK CUBA RAWATAN JERAWAT BOLEH CALL 013 3477284/03 41490801

PROMO UNTUK BULAN OKTOBER IALAH CORAL PEEL!!!!

Apa kelebihan rawatan CORAL PEEL NI YE?

*merawat jerawat
*merangsang sel kulit baru
*membuang sel kulit mati
*mencerahkan kulit




Salam hormat,

Dr Ku Masliza



Tuesday, 6 December 2016

SELAMAT BERTEMU KEMBALI!!

Sudah berminggu-minggu juga saya tak bersiaran dek kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti. Antaranya ialah:

* meraikan anak dapat result upsr 6A 
*menghadiri pelbagai jemputan majlis sekolah akhir tahun
*menyediakan anak sulong ke negara Jepun mengikuti program pertukaran pelajar yang dibuat oleh sekolahnya
*bercuti di Krabi
*menghantar anak-anak ke temuduga sekolah- sekolah menengah
*di KLINIK KU, kami sibuk membuat perancangan untuk tahun depan 2017 yang lebih mencabar dek kerana banyak barang-barang dan produk di klinik adalah diimport. Dengan matawang ringgit yang lemah, harga ada kenaikan dan sudah tentu akan mempengaruhi kemampuan berbelanja.

Hari ini saya nak introduce satu lagi produk minuman yang boleh diamalkan setiap hari untuk membaikpulih kerosakkan kulit dan juga mencerahkan kulit iaitu S LITE.


THE SCIENCE BEHIND S LITE:  

MENCERAHKAN KULIT 
Mengandungi SUPEROXIDE DISMUTASE(SOD) yang merupakan enzim yang sifat anti-oksidannya sangat 'powerful', yang lebih superior dari antioksidan lain seperti glutatahione.

SEJARAH PENEMUAN Superoxide Dismutase(SOD).

Dalam tahun 1989, sejenis species tembikai yang jarang-jarang ditemui (non-GMO), cucumis melo L dijumpai di negara Peranchis, didapati bersifat tahan lama dan tidak mereput bila dibiarkan tanpa pengawetan selama 3 minngu. Pengkaji sains mendapati species tembikai cucumis melo L. cantaloup mempunyai kandungan SuperOxide Dismutase(SOD) yang sangat tinggi dan mampu meneutralkan 'free radicals' sejuta kali lebih kuat dari makanan berantioxidan tinggi seperti buah delima, acai berries dan goji berries.

Sifat inilah yang dimanupulasi dalam minuman S LITE, dan produk ini dirumuskan bersama beberapa vitamin lain seperti vitamin E, L-cysteine, galacto-oligosaccharide dan mixed berries.

Saranan pengambilan: satu sachet setiap hari.
1 kotak 30 sachets

WHATS APP: 013 3477284

Monday, 7 November 2016

KHAS UNTUK SEMUA...

Antara rawatan yang popular di KLINIK KU ialah rawatan untuk masalah jerawat. Untuk itu KLINIK KU menyediakan hadiah istimewa untuk mereka yang sign up pakej jerawat di dalam bulan NOVEMBER ini. Jadi jangan tunggu lama-lama ye. Please call for appointment 03 41490801/ 013 3477284.




Wednesday, 5 October 2016

NEW SKIN WHITENING ITEM IN THE HOUSE!

Kepada mereka yang masih mencari-cari serum untuk mencerahkan kulit, ini ada good news!

ILUMA LIGHTENING SERUM dari Image SKINCARE diformulasikan dengan extrak botanikal yang bersifat mengurangkan pembentukan pigmen di kulit dan jugaada  anti-ageing property. Yang best pasal serum ni ialah baunya yang macam hazelnut tu bila apply di kulit rasa best! Penggunaan harian membuatkan kulit rasa licin, lebih cerah dan segar.

Ini pengalaman saya sendiri yang menggunakan ILUMA LIGHTENING SERUM!

Dr Ku Masliza



SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT

TERMASUK KULIT SENSITIF

TIADA PARABEN DAN TANPA HYDROQUINONE


Boleh WA 013 3477284

Tuesday, 4 October 2016

GRAND SALES ON THE WAY!







KHAS UNTUK PENGGUNA-PENGGUNA BARU DAN LAMA KU SKINCARE:


Nantikan offer istimewa khas untuk anda semua!



TUNGGU UPDATE SETERUSNYA!

Wednesday, 30 March 2016

Rawatan PRP



Ramai yang WhatsApp dan bertanya mengenai PRP ini.

Adakah PRP ni sakit?
Berapa banyak sesi perlu dibuat untuk nampak results?
Kos nye bagaimana?


Secara amnya, oleh kerana PRP memerlukan penggunaan jarum, sudah tentu ada sakit sedikit sebanyaknya. Cuma, bergantung kepada teknik yang digunakan oleh sesorang doktor, sakit yang dirasai juga berlainan kadarnya. Ini anda haruslah berbincang dengan doktor tersebut. Tetapi secara amnya juga, kulit pesakit akan disapu dengan krim bius terlebih dahulu sebelum prosedur ini dilakukan.

Seseorang memerlukan sekurang-kurangnya 3 sesi, jarak sebulan satu, atau  bergantung kepada masalah kulit dan bagaimana respon anda terhadap rawatan tersebut.

Kos berbeza-beza antara pusat rawatan, bergantung kepada teknik dan mesin yang digunakan,  kebiasaannya antara RM 900-3000 per sesi, juga bergantung kepada bahagian badan dan permasalahannya juga. ( contohnya, PRP untuk osteoarthritis lutut sudah tentu tak sama harga dengan PRP untuk parut Keloid).

Keberkesanan PRP ini kebiasaannya boleh dilihat 3 hingga 4 minggu selepas prosedur dibuat.


Semoga info ini bermanfaat untuk semua.