Thursday 16 June 2016

SELAMAT BERPUASA!

RAMADHAN KAREEM!

Hari ini hari ke 11 umat islam di Malaysia berpuasa. Banyak peluang keemasan untuk kita menambahbaikkan mutu kesihatan kita di bulan ini selain dari menambah amalan2 sunat yang banyak disarankan oleh guru2 dan para ulamak di bulan penuh barokah ini.

Antara peluang2 yang terbaik untuk menyihatkan tubuh badan kita ialah:

1) Berhenti merokok

2) Menurunkan berat badan yang berlebihan

3) Reset waktu tidur kepada yang lebih sihat seperti tidur awal sekitar jam 10am dan bangun awal sekitar 4.30am

Kira-kira 12 jam selepas anda berhenti menghisap rokok, paras nikotin dan karbon monoksida dalam badan mula menurun. Tubuh anda sedang melalui proses penyembuhan. Anda akan melalui beberapa fasa 'withdrawal' di mana anda akan merasa mulut kering, lidah tak selesa, naik berat badan(fluid retention), merasa lapar atau penat dan gelisah. Simtom2 ini dari penurunan paras nikotin yang sememangnya selama ini membuat anda ketagihan rokok. Bersabar ya...kerana hanya beberapa hari saja anda akan melalui ini semua dan ianya bukan selama-lamnya.  Stay strong!

Ambil kesempatan ini juga untuk mengurang makanan karbohidrat dan bergula, cuba betul-betul hadkan pengambilan makanan sewaktu berbuka selama sebulan, anda pasti boleh dapat kurangkan beberapa kilo bulan ini. 

Ramai yang selalu tidur lewat malam, habit yang kurang baik untuk kesihatan jangka panjang. Beberapa jenis hormon seperti melatonin dan cortisol dihasilkan ketika kita tidur. Jika waktu tidur tak tetap, kita boleh mengalami masalah kekurangan hormon2 ini.

CUBA ya....azam untuk sihat!


P/S: Juga selepas berbuka pastikan minum air mencukupi kerana dehidrasi boleh mencetuskan penyakit gout( sudah beberapa kes saya ketemu dalam minggu puasa ni)

Dr Ku Masliza


No comments:

Post a Comment