LAKSA PENANG

Bukan nak suruh beli atau buat Laksa Penang ni, sebab ada banyak laksa lain lagikan? Laksa Perlis, Laksa Johor, Laksa Kedah, Laksa Sarawak dan pelbagai lagi. Cuma untuk diet, pilihan yang diberi adalah Laksa dari utara kerana ;

  1. Kalori lebih rendah berbanding makanan berkuah yang lain memandangkan kuahnya tidak mengandungi/diperbuat dari sebarang unsur lemak yang nyata seperti santan mahupun minyak masak.
  2. Tinggi kandungan protein. Selain daripada kuahnya yang tinggi kandungan protein (diperbuat daripada ikan laut segar seperti ikan kembung), ia juga dimakan bersama dengan telur rebus yang juga merupakan sumber protein yang berkualiti.
  3. Seimbang kandungan nutrisi (makronutrien) dari pelbagai sumber. Karbohidrat daripada mee laksa yang diperbuat dari beras/nasi, Protein daripada telur dan kuahnya, manakala sumber lemak adalah daripada lemak omega yang terkandung pada kulit ikan kembung yang dikisar (kuantiti yang sangat kecil, justeru memadai untuk keperluan badan) dan juga dari kuning telurnya.
  4. Kaya serat dan mikronutrien. Sama seperti hidangan nasi harian, ia juga mengandungi pelbagai jenis sayuran yang berfungsi sebagai sumber vitamin, mineral, serat dan alkaline. Ini termasuklah timun, salad/lettuce hiris, cili merah, bawang, daum kesum, bunga kantan, dan perahan limau nipis.
  5. Seimbang kandungan asid-alkaline kerana mengandungi bahan-bahan di atas.
  6. Tinggi sumber Kalsium. Ini kerana isi ikan yang digunakan untuk membuat kuah laksa ini kadang-kadang dikisar bersama-sama dengan tulang-tulangnya, dan seperti yang kita tahu, tulang mengandungi Kalsium.
  7. Daun kesum (Persicaria odorata) yang digunakan dipercayai mampu merawat bengkak, jerawat, dan kembung perut. 
  8. Asam keping (asam gelugor) yang digunakan dalam kuah laksa juga bukan sahaja mengandungi anti-oksidan, sebaliknya ia juga membantu dalam menukarkan lemak badan kepada tenaga apabila kalori defisit tercipta.


1 hidangan / mangkuk LAKSA ni bersamaan 250mg = 240 kalori (mangkuk biasa) 

Untuk mangkuk besar 9680gram) bersamaan 470 kalori.. 

Sikit ke banyak?

Anda pilih :)

No comments:

Post a Comment