EKZEMA- bebaskan simanja dari kegatalan

Antara penyebab kulit kering dan kegatalan kronik ialah Penyakit Ekzema.


Ciri-ciri kulit bermasalah ekzema:

ruam kemerah-merahan di bahagian2 tertentu seperti di leher, sendi dan sebagainya
menjadi keras kehitaman 
kering
bersisik
berparut
luka-luka dari aktiviti menggaru



Image result for eczema images on elbows
Kulit merah, luka dan bersisik

Penjagaan:
Set sabun mandi, pelembap tersendiri. Tidak sesuai menggunakan yang biasa untuk kulit normal kerana sifat kebanyakkan shower foam atau bath gel yang dijual di pasaran mengeringkan kulit

Wajib menyapu pelembap setiap hari 3-4 kali sehari untuk melindungi dan melembapkan kulit yang sangat kering.
  
Gatal-gatal kulit kepala yang mana terdapt 'dandruff' atau seborrheic dermatitis juga perlu dirawat.



Krim-krim yang biasa diberi semasa kulit kemerah-merahan ialah yang mengandungi steroid. Krim steroid memang perlu dan berkesan untuk merawat dan mengurangkan gatal dan merah kulit, cumanya ianya hanyalah untuk sementara(short term use). Mestilah dikombinasikan dengan krim pelembap yang lain yang boleh dan mesti digunakan setiap hari untuk jangkamasa panjang.

Di sinilah anda mesti jangan lupa dan biarkan kulit anda atau anak-anak anda tanpa pelembap. Ramai yang selalu kata "hari tu dah sapu krim doktor bagi dah elok tapi ni datang balik"...ye memang lah datang balik andaikata kita tak sapu krim pelmbap setiap hari sepertimana yang sepatutnya.

Untuk krim pelembap, terlalu banyak pilihan di pasaran. Anda mungkin ambil masa sedikit untuk settle down dengan 1 atau 2 jenis krim yang sesuai untuk kulit anda atau anak-anak anda. Bila dah serasi, teruskanlah penggunaannya sampai bila-bila ye..

Antara krim pelembap yang bagus ialah Immogen Cream, Zeroid intensive cream dah Physiogel. 

Semoga berjaya. Jika perlu consultation boleh call nombor di bawah:

KLINIK KU 03 41490801/WA 013 3477284


No comments:

Post a Comment