Showing posts with label cara menghilangkan jerawat. Show all posts
Showing posts with label cara menghilangkan jerawat. Show all posts

Sunday, 5 August 2018

PELBAGAI SERVIS DI DR KU HOLISTIC WELLNESS

Salam ceria semua,

Maaf, agak lama kami tak update blog ini. Banyak perubahan yang berlaku di pusat rawatan kami untuk penambahbaikan.

Sila ambil perhatian, servis-servis berikut kini ada di pusat kami ya:

1) Rawatan dan produk untuk kulit berjerawat/blackhead/whitehead dan parut jerawat
2) Krim-krim untuk kulit kering dan bermasalah seperti ekzema
3) Anti-ageing n lightening facial(VIT C oxyfacial)

Servis fisioterapi seperti berikut:
1) Untuk sakit tulang bel;akang
2) Sakit tulang belikat
3) Kebas kaki dan tangan
4) Bantu pesakit lumpuh yang kronik

# perhatian: untuk pesakit kronik, perlu banyak sesi untuk melihat hasil

Servis-servis lain seperti:

Bekam dan Yomeihu untuk wanita
Urut lepas bersalin

#servis perubatan digugurkan berikutan persaraan doktor kami, harap maaf.


Sila hubungi 03 41490801 atau wasap 013 3477284


Friday, 10 November 2017

KULIT KERING DAN KULIT GATAL

EUTH+ ESSENTIAL OILS ARGAN
Euth + essential oil....harapan terkini


Masalah kulit gatal adalah perkara biasa di kalangan kita. Setiap seorang dari kita pernah sekurang-kurangnya sekali atau lebih rasa gatal kulit dalam seumur hidup kita.

Boleh dikatakan secara amnya kulit kering akan menyebabkan rasa gatal di kulit. Tetapi penyebab kepada kulit gatal  bukan semestinya kulit kering sahaja tetapi pelbagai.

Kulit kering (xerosis)

Kulit normal diselaputi bahan lipid semulajadi dalam lapisan epidermis yang berfungsi melindungi kulit dari kehilangan air dan dengan itu memastikan kulit sentiasa lembap.

Kulit kering tidak semestinya menandakan penyakit, ada juga aktiviti harian yang boleh menyumbang kepada kulit kering seperti berlebihan penggunaan sabun terutama sabun pencuci tangan jika digunakan berulang-ulang. 

Ada bahan-bahan di dalam sabun atau produk lain yang apabila disapu atau diguna ke atas kulit boleh menghakis bahan lipid di dalam kulit dan seterusnya menghilangkan keupayaan kulit mengekalkan kelembapan.

Tatkala hilang kelembapan di permukaan epidermis kulit, seseorang akan mula terasa gatal.

Gatal kulit merangsangkan seseorang menggaru bahagian tersebut. Ini adalah reaksi spontan yang normal. Cuma ramai yang tidak tahu bahawa aktiviti garu akan hanya memburukkan keadaan. Semakin kuat seseorang itu menggaru, semakin kuat pula rasa gatal. Ini kerana lebih banyak 'histamin' dirembeskan di bahagian kulit tersebut. Kulit menjadi semakin merah dan kawasan gatal seolah-olah merebak lebih besar dari asalnya. Begitulah kitaran gatal-garu yang kebiasaannya menjadi kronik dan meninggalkan parut. Ada juga yang sampai menjadi kudis dan dijangkiti kuman.

Sebahagian kita dilahirkan dengan faktor genetik kulit kering, yakni ekzema. Istilah ekzema kadang-kadang ditukar ganti dengan atopic dermatitis. Ya benar, ekzema banyak dilihat di kalangan bayi dan kanak-kanak. Sekiranya didiagnos awal, rawatan dan informasi yang tepat sangat membantu untuk mengatasi maslah gatal kulit dan mencegah kulit dari berparut. Ibubapa perlu diberi kaunseling yang betul  berkenaan masalah ini. Ramai yang mencuba-cuba krim di pasaran dan hanya berjumpa doktor bila dah teruk. Tak kurang jugak yang diberi sesetengah ahli farmasi krim steroid dengan penggunaan berterusan tanpa kawalan. Bila kulit dah teruk baru nak jumpa doktor.





RAWATAN: Antara Harapan, Kejayaan dan rasa Putus Asa.....

Terdapat banyak pilihan krim untuk masalah kulit kering dan ekzema. Setiap individu ada kesesuaiannya sendiri. Jangan mudah berputus asa sekiranya sudah mencuba dan belum ada hasilnya.

Di KLINIK KU sendiri, terdapat pelbagai pilihan. Antara yang terbaru diperkenalkan ialah EUTH + ESSENTIAL OILS...yang mana kandungan utama ialah Argan Oil yang pure yang berasal dari MOROCCO.

Khasiatnya sangat tinggi dan banyak kelebihan berbanding dengan jenama yang lain. Boleh digunakan sebagai pilihan semulajadi(tanpa kimia). 

Image result for euth + essential oils

Antara kandungan istimewa EUTH + ialah:

Pure ARGAN OIL
JOJOBA Seed OIL
ROSEMARY OIL
ROSE HIP OIL
ORANGE OIL
LAVENDER OIL


ANTARA KEGUNAAN EUTH + ESSENTIAL OILS IALAH:

1) SEBAGAI PELEMBAP SESUAI TAK KIRA USIA 

2) MERATAKAN TONA KULIT

3) MENGURANGKAN PIGMENTASI

4) MENGURANGKAN PARUT REGANGAN
 SELEPAS BERSALIN(STRETCH MARK)

5) MENSTABILKAN REMBESAN MINYAK DI KULIT
( dengan itu mengurangkan jerawat)

6) BOLEH DISAPU PADA KULIT SOPAK(VITILIGO)

Harga sebotol (15 ml) : RM 190

BOLEH HUBUNGI 013 3477284/03 41490801


Tuesday, 10 October 2017

Jerawat.... kenapa ianya berulang-ulang?

Salam Oktober Semua!!

Dah lama jugak kami dari KLINIK KU tak bersiaran...kekangan masa dan sibuk dengan rawatan dan produk terbaru membuatkan kami kurang ke udara kebelakangan ni...

Antara rungutan-rungutan popular dari pengidap-pengidap jerawat termasuklah:

"kenapa jerawat ni hilang lepas tu datang balik, hilang lepas tu tumbuh balik. Kadang-kadang ok kadang-kadang teruk...dah puas try macam-macam, tak mahu jugak hilang." 

Semasa sesi konsultasi, saya selalu menekankan beberapa faktor yang mempengaruhi pertumbuhan jerawat. Antaranya pengaruh hormon, aktiviti kalenjar minyak yang berlebihan, liang kulit yang tersumbat dan jangkitan bakteria di kulit. Perhatikan betul-betul ye... faktor-faktor yang terlibat ini juga bersifat kronik..yakni..hadir dalam jangkamasa panjang di dalam individu yang berkenaan...jadi dengan itu jugalah menjadi sebab jerawat juga bersifat kronik. Saya selalu tekankan yang jerawat boleh dikawal dengan sebaik mungkin tetapi risiko jerawat datang semula sentiasa ada. Sebab itu jugalah saya selalu sarankan penjagaan kulit yang berterusan walaupun setelah rawatan jerawat sudah tiada.

Jangan putus asa...faham betul-betul, ikut penjagaan betul-betul, Insha Allah, anda boleh bebas jerawat. Dan cuba dapatkan rawatan awal supaya dapat elakkan kulit dari berparut.

NAK CUBA RAWATAN JERAWAT BOLEH CALL 013 3477284/03 41490801

PROMO UNTUK BULAN OKTOBER IALAH CORAL PEEL!!!!

Apa kelebihan rawatan CORAL PEEL NI YE?

*merawat jerawat
*merangsang sel kulit baru
*membuang sel kulit mati
*mencerahkan kulit




Salam hormat,

Dr Ku Masliza



Monday, 7 August 2017

TCA CROSS...APA TCA NI DOC?

TCA bererti Trichloroacetic Acid, sejenis bahan kimia dari kumpulan acetic acid yang sekian lama digunakan sebagai ejen penglupasan kulit untuk tujuan kecantikkan. TCA bilamana disapu kepada kulit akan meresap masuk ke dalam lapisan epidermis dan melonggarkan sel-sel kulit mati yang berada di permukaan atas. Walau  bagaimana pun, kadar resapan dan kedalaman asid ini masuk ke dalam kulit bergantung kepada kepekatan asid yang digunakan. Oleh itu secara amnya adalah dinasihatkan supaya rawatan ini TIDAK dibuat sesuka hati di rumah atau salon. Risiko kulit merah dan melecur semakin tinggi dengan konsentrasi asid yang digunakan dan juga dengan bilangan lapisan larutan yang disapu ke atas kulit.

Secara amnya, TCA peel boleh membantu untuk masalah-masalah berikut: 

Jerawat
Pigmentasi dan brown spots
Garisan kedut yang halus
Parut jerawat yang bertompok-tompok hitam

TCA CROSS pula bermaksud Chemical Reconstruction of Skin Scar

Melibatkan penggunaan TCA berkonsentrasi tinggi, disapu khas ditempat yang berparut lubang(depressed scars), yang mana selepas ianya meresap masuk ke dalam kulit, akan ada inflamasi berlaku, dan salah satu produk inflamasi terhasil adalah kolagen dan tisu baru yang tumbuh dan mengisi lubang parut tersebut. Proses penghasilan tisu baru mengambil masa dari 2 minggu selepas rawatan sehinggalah beberapa bulan. Jadi result mengambil masa untuk dilihat.


Skin frosting yang berlaku semasa TCA CROSS

Prosedur ini antara rawatan yang ringkas dan berkesan di samping kos yang agak rendah berbanding dengan teknik lain. 

Selepas rawatan, bahagian kulit yang disapu TCA akan menjadi putih, dan akan hilang selepas beberapa jam. Selepas 1-2 hari bahagian tersebut akan menjadi gelap dan kering. Selepas beberapa hari, kulit tersebut akan mengelupas dan tanggal.

Penjagaan selepas rawatan termasuk melindungi kulit dengan Gel UV yang sesuai dengan jenis kulit.

Untuk kulit jenis Asia seperti Kaum Melayu dan India, ada risiko Post Inflammatory Hyperpigmentation(PIH), yang akan hilang selepas beberapa bulan. Masalah ini tidak berlaku di kalangan Caucasian dan yang berkulit cerah.

Untuk mendapat results optimum, prosedur ini perlu diulang beberapa kali.

03 41490801/013 3477284

Thursday, 27 July 2017

PARUT JERAWAT, JENIS-JENIS PARUT JERAWAT DAN RAWATANNYA

JERAWAT  boleh meninggalkan pelbagai jenis parut di kulit. Terdapat 3 kategori utama jenis parut jerawat:

1) DEPRESSED SCAR (Parut di mana kulit menjadi berlubang)
2) RAISED SCAR(Parut yang timbul)
3) DISCOLORATION SCAR (Parut yang meninggalkan bekas hitam atau putih)

Nak tahu lebih lanjut?...Klik sini


Tuesday, 11 July 2017

RAWATAN PARUT JERAWAT DENGAN KAEDAH MICRONEEDLE



 RAWATAN MICRONEEDLE

- antara rawatan yang menjadi pilihan pesakit
- mudah dan masa pulih minima
- kos berpatutan
- keputusan memuaskan

Konsep Rawatan:

Jarum-jarum halus pada alat seperti pen ini bertindak  menyucuk masuk ke dalam lapisan dermis kulit merangsang penghasilan kolagen baru. Bagaimana? Teknik ini menghasilkan kecederaan mikro kepada lapisan dermis di dakam kulit. Dan salah satu hasil tindakbalas kulit kepada kecederaan mikro ini adalah penghasilan kolagen baru. Penghasilan kolagen baru bermula 2 minggu dari tarikh rawatan dan proses penghasilan kolegen berterusan untuk beberapa bulan. Oleh kerana itu, keputusan rawatan juga 
mengambil masa beberapa bulan. Dengan rawatan yang konsisten, iaitu sekali sebulan, maka kulit akan menjadi bertambah baik dan parut jerawat akan menjadi lebih halus dan nipis.

Persediaan untuk prosedur:


Kulit muka akan diperiksa oleh doktor yang bertauliah. Seterusnya, jika sesuai, krim anestetik akan disapu di kulit muka dan dibiarkan selama 45 minit. Setelah itu, krim anestetik dibuang, dan prosedur microneedle dimulakan. Serum, atau peptide atau PRP(Plasma Rich Platelet) akan disapu di permukaan muka di penghujung sesi microneedle ini.

Apakah prosedur ini sakit?

Tidak, sekiranya krim anestetik berkesan dengan baik pada kulit anda, maka sakit sangat minima.

Siapa yang sesuai? 

Sesuai untuk mereka yang mempunyai parut jerawat, juga mereka yang mempunyai kedut dan garis-garis halus di muka, atau sesiapa yang inginkan rejuvenasi kulit secara amnya. Mungkin tidak sesuai kepada mereka yang mempunyai sejarah kulit terlalu kering, gatal dan mudah merah.


KLINIK KU 03 41490801/013 3477284



Monday, 10 July 2017

JERAWAT






DAPATKAN RAWATAN JERAWAT SEBELUM IANYA BERPARUT.

Tips mudah untuk kawal jerawat:

* pastikan pencuci muka sesuai, yang boleh mengurangkan minyak di permukaan kulit
* kemungkinan cucian muka harus lebih dari 2 kali sehari, memandangkan jerawat dikaitkan dengan masalah minyak berlebihan di kulit
* boleh menggunakan over-the counter produk yang mengandungi benzoyl peroxide atau salicylic acid untuk disapu di tempat jerawat


Jika berterusan, seeloknya berjumpa doktor. Rawatan awal boleh mengurangkan risiko parut jerawat.


KLINIK: 03 41490801
WHATSAPP: 013 3477284



Tuesday, 4 July 2017

MID YEAR SALE!!!!!

No automatic alt text available.

DM WHITENING PILL

RM 230 >>>>>>>> RM 180

DM COLLAGEN

RM230 >>>>>>>> RM 180


PHYTOBERRIES

RM 160>>>>>>> RM 145





Image result for whatsapp
013 3477284



OUR LIST OF TREATMENT

** microdermabrasion


**chemical peeling for acne and pigmentation


**PRP for acne scar, wrinkle & fine lines, skin rejuvenation


**microneedle/dermapen for acne scar


**removal of skin tag and keratosis


**Endermologie body firming


** RF facial firming


**Treatment for common skin disorders like eczema, psoriasis, dry skin, allergic skin problem, acne, fungal infection, pigmented scar and hair loss.

Monday, 15 May 2017

GURU...SELAMAT HARI GURU

Image result for selamat hari guru 2017

Ucapan terima kasih untuk semua guru, pendidik, ustazah, ustaz, pensyarah dan yang seumpamanya...kerana ilmu yang diberi ..tiada hadiah yang setanding.

SELAMAT HARI GURU

Sunday, 19 March 2017

JERAWAT

JERAWAT...

Satu penyakit kulit yang tidak pernah tidak satu ketika akan mengenai hampir  setiap orang terutama golongan remaja. 

Jerawat menjadi masalah apabila timbul terlalu banyak di permukaan kulit muka atau badan atau kedua-duanya sekali.

Tahap keseriusan jerawat tidak sama, begitu juga dengan jenis jerawat:

Jenis-jenis Jerawat:


ACNE- PAPULES

ACNE - PAPULES AND PUSTULES

ACNE - PUSTULES

KAEDAH RAWATAN:

KOMBINASI RAWATAN CHEMICAL PEELING DAN KRIM ANTI-JERAWAT


Antara kandungan rawatan jerawat ialah:

glycolic acid : membaharui kulit dengan membuang sel-sel kulit mati dan merangsang kulit baru
salicylic acid: membuka liang-liang kulit yang tersumbat
benzoyl peroxide: membunuh bakteria penyebab jerawat

JERAWAT BOLEH DIRAWAT.

HUBUNGI KAMI UNTUK INFO LANJUT:

Image result for whats app logo 013 3477284

Tuesday, 20 December 2016

FCR TREATMENT

FCR >>>>>> Fractional Cell Regeneration

* Rawatan kulit yang memberi kesan 'laser' melalui teknik terkini dari Korea, tanpa perlu kepada mesin laser.
*  Rawatan yang diformulasi menggunakan 'mineral rich coral powder'  yang boleh menembusi lapisan kulit dermis dan epidermis, menggunakan 'hand rubbing technique'.


KEBAIKAN-KEBAIKAN RAWATAN FCR click here

Monday, 7 November 2016

KHAS UNTUK SEMUA...

Antara rawatan yang popular di KLINIK KU ialah rawatan untuk masalah jerawat. Untuk itu KLINIK KU menyediakan hadiah istimewa untuk mereka yang sign up pakej jerawat di dalam bulan NOVEMBER ini. Jadi jangan tunggu lama-lama ye. Please call for appointment 03 41490801/ 013 3477284.




Tuesday, 18 October 2016

SPREADING OUR WINGS

GOOD NEWS!!!


Produk KU SKINCARE AKAN BERADA DI 11street SECARA BERPERINGKAT.

Kini STARTER PACK KU SKINCARE FOR ACNE sudah pun boleh dibeli melalui 11street ya...  sila click :http://www.11street.my/…/ku-skincare-chamomile-acne-s-22352…

DAPATKAN DISKAUN HEBAT BILA ANDA MEMBUAT BELIAN DI 11STREET!!!

Monday, 10 October 2016

FACIAL PROMO




BETUL KE NIE??

YE.. BETUL.. Cik, Puan, Datin, Hajjah...

SIGNATURE LIGHTENING FACIAL RM350

TAPI Sempena OKTOvaganza ni HANYA RM 99 shj!

Rata-rata mereka berpuas hati dengan SIGNATURE LIGHTENING FACIAL ni.

Get Rid of ur Dull Skin!

Appointment 013 3477284

Tuesday, 4 October 2016

GRAND SALES ON THE WAY!







KHAS UNTUK PENGGUNA-PENGGUNA BARU DAN LAMA KU SKINCARE:


Nantikan offer istimewa khas untuk anda semua!



TUNGGU UPDATE SETERUSNYA!

Tuesday, 27 September 2016

Cuti-cuti Perhentian

Salam Ceria!

Agak lama saya tak ke udara..memang saya agak sibuk dengan pelbagai aktiviti dan salah satunya saya nak share holiday experience di Pulau Perhentian baru-baru ini..sambung

Tuesday, 16 August 2016

Rawatan Jerawat

Salam ceria semua!

Pagi tadi salah seorang pesakit saya yang regular datang buat treatment untuk parut jerawat. Happy benar nampak dia hari ni kerana jerawat batu yang teruk dah hilang n then parut jerawat yang berlubang-lubang pun semakin nipis. Sanggup datang dari Jerantut, pkl 7pagi naik bas, 3 jam sampai KL, lepas tu naik LRT ke Sri Rampai Station. Terharu saya... tapi saya salute pesakit yang macam ni sebab stigma jerawat di muka membuatkan mereka sanggup bersusah payah dapatkan rawatan...phobia jerawat mereka mengatasi jauhnya perjalanan.. Alhamdulillah , beliau sangat gembira dan saya bersyukur dengan izin Allah jua, kulitnya sembuh. Baru habis kolej dan rupanya beliau nak pegi ke UK minggu depan, ada kerja sementara memandangkan beliau belum dapat kerja di Malaysia. Pada beliau, saya wish good luck, enjoy your staying kat UK. Siap pesan dengan saya, nanti pulang dari UK nak sambung treatment sikit lagi..al maklumlah ada rezeki nak naik pelamin tahun depan..

Jerawat dan parut jerawat boleh dirawat, cuma perlu commitment dan kesabaran. Yang konsistent Insha-Allah ada results..yang marah2 dan asik berubah-ubah rawatan dan  salahkan doktor je yang tu yang selalu x de results...

Apa pun, selamat maju jaya dan selamat menyambut hari kemerdekaan! 


Bersama Syuhada (with consent)
merdekakan kulit dari jerawat dan parut jerawat!!

Thursday, 11 August 2016

BAHAYA DALAM KOSMETIK

Salam sihat semue!

Boleh dikatakan 'make up' and women x boleh dipisahkan kan kan? Tapi ramai yang tak ambil kisah sangat tentang bahaya bahan-bahan kima dalam kosmetik.


Antara bahan-bahan yang bahaya dalam kosmetik ialah plumbum, merkuri,pewarna sintetik, pewangi sintetik, mineral oil dan juge pengawet seperti paraben dsbnya.

Antara kesan jangka panjang bahan2 kimia ini terkumpul dalam badan seseorang ialah:

Penyakit2 seperti kanser, Alzheimers Disease, auto-immune disorders, Parkinson's Disease, Schizophrenia, Chronic Fatigue Syndrome dan Liver Diseases.

Adakah kita punye pilihan lain?

Jawapannya: Yes Ada.

Antara kosmetik yang boleh anda pertimbangkan ialah KISS MINERAL MAKE UP

FREE FROM FRAGRANCES, COLORINGS OR PRESERVATIVE

JUGA SESUAI UNTUK KULIT BERJERAWAT JUGA!

Pertanyaan: 013 3477284(shila)