Friday 14 August 2015

Apakah Rawatan yang Sesuai Untuk Jerawat?

Soalan : Apakah rawatan yang sesuai utk jerawat?

1. Set penjagaan muka yang sesuai. Bermula daripada pencuci muka hinggalah pada pelindung UV. Set penjagaan muka perlu diteruskan. Kebiasaannya,set penjagaan muka mengandungi antibakteria,sedikit berasid dan mampu mengekalkan kelembapan kulit.


2 Penggunaan mekap yg sesuai. Oleh kerana mekap berada di permukaan kulit sepanjang hari, pastikan mekap yg di pakai tidak akan menutupi pori-pori muka dan menyebabkan pembiakan bakteria. BEDAK 100% MINERAL yg mempunyai molekul yg besar tidak menyebabkan pori-pori tersumbat dan DISYORKAN penggunaannya bagi kulit JERAWAT. Contoh bedak mineral yg ada di klinik ialah jenama Kiss Mineral. boleh beli di klinik.



3. Rawatan antibiotik disapu pada muka atau dimakan jika perlu. antibiotik biasanya perlu dimakan utk jangka masa agak lama, lebih krg 2-3bulan.
4. Rawatan Iso-Tretinon yg hanya diberi oleh doktor pakar kulit kerana kesan sampingan yg agak serius spt kulit bibir kering dan pecah. Ia tidak sesuai utk wanita hamil.
5. Rawatan pengelupasan kulit dgn asid seperti glikolik atau salisilik boleh membantu membunuh bakteria di kulit. Rawatan dilakukan di klinik oleh doktor dan disyorkan sebulan sekali sehingga jerawat dapat di kawal. Asid tersebut mampu membersihkan pori-pori yang tersumbat dan mengecilkan pori-pori yg besar.

6. Rawatan seperti microdermabrasion boleh dilakukan untuk membuang kulit mati di lapisan atas teratas. Produk anti-jerawat dapat menembusi kulit selepas kulit mati dibuang.


7. Amalkan pemakanan seimbang. kurangkan makanan manis dan berlemak. Lebihkan sayuran dan buah-buahan.
8. Sekiranya ada menggunakan hormon untuk mengelakkan kehamilan, tukar ke cara yang lain yang tidak menggunakan hormon seperti alat pencegah kehamilan IUCD Cu250 yang dimasukkan ke dalam rahim atau kondom.




1 comment: