Wednesday 21 October 2015

Cara-cara Mencegah Typoid/dDemam Kepialu

Typoid ie Demam Kepialu




 Keratan berita   The Malay Mail semalam, dan memang dah viral kat wassap dan FB pasal Typoid ni.

Dah lama tak dengar perkataan typoid ni sebab kes-kes typoid sangat terpencil dan sepanjang kareer saya sebagai medical practitioner belum jumpa lagi melainkan sewaktu zaman student di UK dulu bila diberi case study untuk dibincangkan.

Apapun di sini saya nak share sedikit info mengenai tanda2 demam kepialu dan langkah pencegahannya:(maklumat dari KKM).

(i) demam panas (suhu lebih 38'C atau lebih), dengan punca demam yang tidak diketahui, selama 3 hari atau lebih dgn salah satu simtom atau tanda berikut: sakit kepala yang teruk, sakit perut, cirit-birit atau sembelit. TAKE NOTE di sini simtom sembelit juga boleh terjadi dan tidak semestinya cirit-birit.

(ii) semasa outbreak demam typoid ini, sesiapa saja yang tinggal dalam kawasan yang terbabit dan mengalami demam dgn suhu badan 38'C atau lebih, atau sesiapa yang memang ada berhubung secara langsung dengan pesakit typoid, dikira mempunyai indeks diagnosis tinggi utuk typoid fever ini.

Demam kepialu ini dikenalpasti melalui ujian blood atau stool culture, tetapi rawatan harus diberi segera tanpa menunggu keputusan makmal jika simtom dan tanda2 sangat jelas.

Kenapa kita bimbang dengan typhoid ini? Kerana ianya boleh membawa kematian. The good news is typhoid boleh dirawat. 

Oleh kerana bakteria penyebab typoid ini disebarkan melalui makanan yang tercemar dan dikaitkan dengan kekotoran maka langkah2 yang boleh meningkatkan kebersihan harus diberi perhatian.

Kali ini sumber jangkitan ini dikaitkan dengan pendatang asing...hmm memang tak hairanlah kerana 
kat Malaysia ni mamat Bangla, Indon, Pakistan dll makin hari bertambah2.. Kalau kita perhatikan sekarang ni, di restoran2 yang bekerja di dapur kebanyakkan dikuasai oleh kaum Bangladesh dan Myanmar..cer tengok kedai mamak sudahlah..

Cuba kita bayangkan secara detail bagaimana mereka handle food and water...bayangkan tangan yang digunakan di dalam tandas ..tangan yg sama menebar roti canai, buat teh tarik, potong sayur dsbnya.. Sepatutnya setiap pekerja wajib mengambil suntikan mencegah typoid  tapi ..pelaksanaan injection vaksin Typoid pula saya rasa masih belum cukup sepenuhnya...jika tidak masalah ini tak mungkin terjadi.

Pesan saya.. jaga kebersihan, basuh tangan selepas keluar masuk tandas, elakkan air yang tak dimasak, pilih tempat makanan anda... ingat..hari tu banyak kes kencing tikus, kini typoid pula...jerebu pun masih belum settle.... apa pula selepas ini..

Jaga kesihatan anda dan orang-orang tersayang...







No comments:

Post a Comment