Thursday 5 November 2015

JENIS-JENIS KULIT

Assalamualaikum & Salam Jumaat:

Topik hari ini ialah: Apakah jenis kulit anda?

Hari ini saya sharekan sedikit info mengenai jenis-jenis kulit dan panduan memilih produk kulit yang betul.

Secara amnya ada 4 kategori:

1) Kulit normal
2) Kulit berminyak +/- berjerawat
3) Kulit kombinasi
4) Kulit kering


Kulit dikatakan normal bilamana ianya tidak terlalu kering atau berminyak, maknanya kulit sebegini agak sukar ditumbuhi jerawat ataupun merasa gatal. Seseorang yang kulit normal mempunyai rembesan minyak di kulit yang cukup sekadar tidak mengeringkan atau menyebabkan jerawat. Produk yang dipilih mestilah yang bertulis sesuai untuk kulit normal.

Kulit berminyak seringkali berkait dengan masalah jerawat. Kebanyakkan kulit berminyak memang berkait dengan hormon yang sangat aktif merangsangkan kalenjar minyak di kulit. Pengeluaran minyak yang berlebihan berlaku dan apabila liang kulit yang menyalurkan minyak ke permukaan kulit tersumbat, maka pembengkakan kalenjar berlaku dan bilamana diikuti dengan radang dan jangkitan, maka jadilah jerawat. Pembengkakan tanpa radang atau jangkitan menyebabkan biji-biji kecil seperti whitehead atau blackhead (comedonal acne) juga biasa berlaku. Produk yang sesuai sudah tentulah yang bertulis untuk kulit berminyak atau berjerawat.
comedonal acne
Kulit kombinasi pula bilamana seseorang mempunyai kulit berminyak di bahagian muka tertentu contohnya T-zone atau dagu dan kulit kering di bahagian muka yang lain.Boleh menggunakan produk yang digunakan untuk kulit berminyak kerana kumpulan ini biasa juga mengalami masalah jerawat di bahagian muka yang tertentu. Mungkin perlu lembapkan di bahagian2 kulit yang kering.

Kulit kering sering dikaitkan dengan masalah kegatalan kulit dan juga ekzema. Kumpulan ini perlu menggunakan produk yang tepat, yang tidak mengeringkan kulit. Ramai yang tersalah pakai dan menyebabkan kulit gatal lagi teruk. Selalunya di kedai, produk2 yang sesuai yang bertulis produk untuk kulit kering atau kulit sensitif. Elok rujuk doktor jika tidak pasti ye.

Pengalaman saya, ramai juga yang sering menggunakan produk yang bertulis untuk kulit sensitif untuk masalah jerawat. Masalah jerawat adakalanya dilabelkan sebagai 'sensitif'.. .ini tidak tepat. Jerawat is almost always related to oily skin ya... so choose wisely and  if you are not sure, please ask the right people before beli. Ramai yang gemar membeli dan beli ...dan bertukar2 produk gara2 tak pasti.


Semoga info ini bermanfaat untuk semua!...Have a nice weekend.!


Dr Ku Masliza


No comments:

Post a Comment