Tuesday 26 January 2016

Antara sebab jerawat sukar respon kepada rawatan ialah...

Salam sihat semua...

Kenapa jerawat saya tak hilang-hilang? Antara reason nya ialah...

1) Hormon yang sangat tidak stabil, di kalangan wanita ada sesetengah dikaitkan dengan sindrom polycystic ovarian syndrome (PCOS) di mana jerawat mereka ini sangat aktif dan sukar dirawat. Golongan ini perlu dirujuk kepada doktor pakar gyane untuk mendapat rawatan sewajarnya.

2)Jenis jerawat yang berbiji-biji dan bernanah, sesetengahnya berkait dengan sebaceous gland hyperplasia(kalenjar minyak di kulit yang besar dan aktif). Mereka ini juga sesuai dirawat dengan ubat isotretinion yang hanya boleh didapati dari pakar kulit sahaja kerana ianya ubat kawalan berdaftar.


Kes-kes jerawat yang lain selalunya agak baik respon kepada rawatan yang diberi.

Apa pun, jangan mudah putus asa...ramai pesakit saya mengeluh frust dengan muka mereka yang berjerawat. Sabar dan konsisten dengan penjagaan kulit dan rawatan, InshaAllah akan ada hasilnya...


Without a struggle, there can be no progress. - Frederick Douglass

No comments:

Post a Comment