Tuesday 10 October 2017

Jerawat.... kenapa ianya berulang-ulang?

Salam Oktober Semua!!

Dah lama jugak kami dari KLINIK KU tak bersiaran...kekangan masa dan sibuk dengan rawatan dan produk terbaru membuatkan kami kurang ke udara kebelakangan ni...

Antara rungutan-rungutan popular dari pengidap-pengidap jerawat termasuklah:

"kenapa jerawat ni hilang lepas tu datang balik, hilang lepas tu tumbuh balik. Kadang-kadang ok kadang-kadang teruk...dah puas try macam-macam, tak mahu jugak hilang." 

Semasa sesi konsultasi, saya selalu menekankan beberapa faktor yang mempengaruhi pertumbuhan jerawat. Antaranya pengaruh hormon, aktiviti kalenjar minyak yang berlebihan, liang kulit yang tersumbat dan jangkitan bakteria di kulit. Perhatikan betul-betul ye... faktor-faktor yang terlibat ini juga bersifat kronik..yakni..hadir dalam jangkamasa panjang di dalam individu yang berkenaan...jadi dengan itu jugalah menjadi sebab jerawat juga bersifat kronik. Saya selalu tekankan yang jerawat boleh dikawal dengan sebaik mungkin tetapi risiko jerawat datang semula sentiasa ada. Sebab itu jugalah saya selalu sarankan penjagaan kulit yang berterusan walaupun setelah rawatan jerawat sudah tiada.

Jangan putus asa...faham betul-betul, ikut penjagaan betul-betul, Insha Allah, anda boleh bebas jerawat. Dan cuba dapatkan rawatan awal supaya dapat elakkan kulit dari berparut.

NAK CUBA RAWATAN JERAWAT BOLEH CALL 013 3477284/03 41490801

PROMO UNTUK BULAN OKTOBER IALAH CORAL PEEL!!!!

Apa kelebihan rawatan CORAL PEEL NI YE?

*merawat jerawat
*merangsang sel kulit baru
*membuang sel kulit mati
*mencerahkan kulit




Salam hormat,

Dr Ku Masliza



No comments:

Post a Comment