Tuesday 6 November 2018

TIPS ATASI KULIT GATAL

Masalah kulit gatal sangat kerap terjadi. Boleh dikatakan setiap orang pernah mengalami kulit gatal. Walaubagaimanapun, golongan kulit kering adalah antara yang teruk mengalami gatal kulit sehingga mengganggu kehidupan mereka.


Antara rutin harian yang perlu diubah bila anda mempunyai kulit kering dan gatal ialah seperti di bawah:


1) Elakkan mandi air suam/panas


2) Gunakan sabun mandi yang lembut, yang tiada atau kurang kandungan kimia, yang kurang berbuih seperti Ceradan Wash, Free & Clear, atau yang seumpama dengannya.


3) Biasakan hanya mengelap kulit secara lembut dan bukan dengan kasar selepas mandi.


4) Secara rutin, mesti lembapkan kulit bermula dari pagi selepas mandi, ulangkan sapuan pelambap setiap 2-3 jam sekali.


5) Pilih pelembap yang tepat. Terlalu banyak pelembap dan krim yang dijual di pasaraya. Kebiasaannya untuk kulit kering, pelembap yang bersifat pekat lebih sesuai untuk mengekalkan kelembapan kulit untuk jangkamasa yang lebih lama.


6) Elakkan menggaru kerana menggaru boleh merangsangkan kitar gatal-garu yang teruk dan kronik, menyebabkan kulit bertambah teruk.





HEALTH IS WEALTH


GET THE RIGHT CREAM FOR YOUR SKIN!


No comments:

Post a Comment