Showing posts with label kulit kering. Show all posts
Showing posts with label kulit kering. Show all posts

Tuesday, 6 November 2018

TIPS ATASI KULIT GATAL

Masalah kulit gatal sangat kerap terjadi. Boleh dikatakan setiap orang pernah mengalami kulit gatal. Walaubagaimanapun, golongan kulit kering adalah antara yang teruk mengalami gatal kulit sehingga mengganggu kehidupan mereka.


Antara rutin harian yang perlu diubah bila anda mempunyai kulit kering dan gatal ialah seperti di bawah:


1) Elakkan mandi air suam/panas


2) Gunakan sabun mandi yang lembut, yang tiada atau kurang kandungan kimia, yang kurang berbuih seperti Ceradan Wash, Free & Clear, atau yang seumpama dengannya.


3) Biasakan hanya mengelap kulit secara lembut dan bukan dengan kasar selepas mandi.


4) Secara rutin, mesti lembapkan kulit bermula dari pagi selepas mandi, ulangkan sapuan pelambap setiap 2-3 jam sekali.


5) Pilih pelembap yang tepat. Terlalu banyak pelembap dan krim yang dijual di pasaraya. Kebiasaannya untuk kulit kering, pelembap yang bersifat pekat lebih sesuai untuk mengekalkan kelembapan kulit untuk jangkamasa yang lebih lama.


6) Elakkan menggaru kerana menggaru boleh merangsangkan kitar gatal-garu yang teruk dan kronik, menyebabkan kulit bertambah teruk.





HEALTH IS WEALTH


GET THE RIGHT CREAM FOR YOUR SKIN!


Tuesday, 27 March 2018

RAHSIA MENGATASI GATAL-GATAL KULIT DISEBABKAN KULIT KERING



Simtom kulit gatal dan merah sangat lazim dialami oleh sebahagian besar masyarakat kita. Ramai yang penat melalui fasa gatal dan garu yang berpanjangan.

Langkah pertama yang boleh dibuat adalah:

* tentukan apakah jenis kulit anda. Sekiranya kulit anda memang jenis kulit kering, memang ini boleh menyebabkan anda merasa gatal.

Jenis kulit kering ini biasanya sebab faktor genetik, boleh juga dikaitkan dengan perubahan hormon dan perubahan umur. Contohnya seseorang yang jenis kulit biasa ketika usia remaja dan 30an, bila mencapai umur 50 an, akan mendapati kulitnya lebih kering disebabkan penurunan paras hormon tertentu dalam badan disebabkan peningkatan usia.

Antara penyakit kulit popular yang berkait dengan kulit kering ialah ekzema dan psoriasis. 

Langkah seterusnya ialah:

*kenalpasti cara penjagaan kulit yang tepat

Bila mana kulit kering, penggunaan produk kulit yang biasa anda guna untuk jenis kulit biasa(normal skin) menjadi tidak sesuai. Sabun biasa yang banyak buih jika disental di permukaan kulit akan menyebabkan lapisan minyak di kulit hilang dan tiada pelembap. Sudahlah orang2 sebegini kekurangan minyak di kulit, jika di buang lagi baki minyak yang tinggal di kulit, sudah pasti kulit menjadi sangat kering.

Jadi pilihlah sabun yang sesuai. Selalunya sabun yang kurang berbuih dan kurang kandungan kimia.
Dan tak perlulah sental kuat2 atau mandi terlalu kerap. Juga tak perlu basuh kulit untuk penyapuan krim berulang2.

Selepas mandi, tuala digunakan sekadar untuk lapkan kulit secara lembut dan TAK PERLU menggosok secara kuat.

Selepas itu, sapukan krim pelembap yang sesuai kepada kulit. Ingat ye, krim pelembap juga terlalu banyak jenis dan kandungan juga berbeza-beza. Jadi beri sedikit masa untuk cari yang serasi dengan anda. 

Dan jangan lupa untuk mengulangi penyapuan krim pelembap seberapa kerap yang boleh, mungkin dalam 3-4 jam sekali untuk kes yang serius, dan sekitar 4-6 jam sekali untuk kes biasa. 

Jika anda berjaya kekalkan kelembapan kulit selalu, maka risiko gatal dan merah juga turut berkurang. Di sinilah kejayaan bermula. Kerana anda tidak perlu berjumpa doktor  dan tidak perlukan krim steroid.

Ingat ye, krim steroid hanya merawat kulit merah dan gatal TETAPI tidak merawat kekeringan.



UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PEMERIKSAAN DOKTOR BOLEHLAH HUBUNGI 03 41490801/ 013 3477284

Monday, 24 July 2017

Musim Haji Kembali...TIPS PERSEDIAAN IBADAH HAJI

Syawal semakin meninggalkan kita dan kini Zulhijjah menggamit semula...

Media sudah mula menyiarkan pasukan-pasukan petugas haji yang telah dan sedang berlepas ke tanah suci Mekah sebagai persediaan untuk menyabut dan menguruskan para jemaah haji Malaysia untuk mengerjakan haji.
SEDIKIT TIPS UNTUK DIKONGSI BERSAMA DALAM KITA BERSIAP-SEDIA MENJADI DUYUUFURAHMAN...KLIK DI SINI 

Kaabah

Sunday, 11 June 2017

PUNCA-PUNCA GATAL KULIT

Topik ini sangat luas, kupasan dan info yang dikongsikan akan diberikan secara berperingkat.

Terlalu banyak punca gatal-gatal kulit. Setiap dari kita mesti pernah merasa kulit gatal. Hatta seorang bayi yang baru lahir pun cenderung mengalami masalah gatal kulit kerana sifat kulitnya yang lembut dan sensitif.

Kegatalan kulit boleh berpunca dari hanya satu gigitan semut atau nyamuk kepada penyakit-penyakit serius yang lain seperti ekzema, psoriasis, alergi dan sebagainya. READ MORE...




Wednesday, 18 November 2015

KULIT MERAH DAN GATAL-GATAL DOC, dah lama dah... macam2 dah buat..

Kegatalan kulit adalah antara masalah yang sangat common dalam dunia perubatan. Hampir setiap hari ada pesakit yang mengadu kulit gatal samada ada kemerahan atau tidak.

Kegatalan kulit boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan: Acute dan Chronic


Acute:


 Kegatalan yang baru mula selalunya selepas sesuatu exposure contohnya gigitan nyamuk atau semut dan seumpamanya. Atau juga selepas alahan kepada sesuatu samada secara sentuhan atau melalui makanan. Juga selepas jangkitan tertentu seperti fungal infections, chicken pox dan yang seumpamanya.




Chronic:

Merah-merah dan gatal kulit yang berterusan, samada faktor genetik atau pun terdedah kepada persekitaran luar, atau pun kerana penyakit kulit tertentu. Penyakit-penyakit kulit yang berkaitan dengan kulit merah dan gatal2 sangat banyak. Antara paling common ialah eczema dan psoriasis dan allergic dermatitis. 


Saya tidak berniat untuk mengulas dan menulis mengenai penyakit2 ini dengan panjang lebar tapi di sini saya beri sedikit tips dan suggestions untuk produk2 yang boleh anda guna seharian dalam mengurangkan simtom gatal ini.


PINETARSOL BATH OIL SOLUTION.


Sesuai untuk kegunaan harian, mengurangkan dan melegakan kegatalan kulit.
 Boleh didapati di klinik2 dan farmasi2 yang tertentu. Cuma bau nye kurang nyaman sikit...bau macam tar tu kan...



Seseorang yang dry skin juga tidak sesuai menggunakan sabun biasa untuk mandi kerana sabun biasa akan menghilangkan minyak dipermukaan kulit dan menjadikan kulit kering worse.


Boleh consider using soap like oilatum soap bar, memang design untuk retain oil di permukaan kulit.

Quite a good choice for daily use










ROSKEN SKIN REPAIR CREAM


Mereka yang bermasalah dry skin memang disarankan menggunakan pelembap kulit secara konsisten dan berterusan.
Rosken skin repair cream ini boleh dipertimbangkan. Boleh didapati di farmasi2 yang berdekatan. 
Physiogel A1- untuk kulit merah dan gatal.


Bilamana seseorang mempunyai dry skin, setiap kali selepas mandi memang disarankan melembapkan kulit dengan krim2 pelembap yang sesuai.


Semua produk di atas adalah yang boleh didapati tanpa preskipsi doktor kerana they are non-stroidal preparations. Tetapi jika masalah kulit anda merah melampau dan kegatalan yang intense, kemungkinan anda perlu berjumpa doktor terlebih dahulu, anda mungkin perlu kepada medicated creams and treatment sebelum beralih menggunakan produk2 di atas sebagai maintenance.


SEMOGA TIPS DI ATAS MEMBANTU DAN SEMOGA ANDA SIHAT SEJAHTERA SELALU..


CHEERS!!

Dr Ku Masliza