Tuesday 12 January 2016

Sukar untuk berat badan turun bila diet kita tinggi dengan karbohidrat

JOM AMALKAN ZERO/LOW CARBO DIET! (LCHF diet- Low Carbo High Fat Diet)


Salam sihat untuk semua!

Apa kata kita mulakan bulan januari 2016 ini dengan  azam untuk dapatkan berat badan ideal?

Saya memang terlibat secara langsung dalam usaha 'menguruskan' ramai orang...dah bertahun-tahun lamanya.. jadi hari ini saya akan share sedikit tips dan cara yang tidak susah untuk dapatkan berat badan idaman.

Mulakan pagi anda dengan MINDA berkata : "Hari ini saya akan makan lebih banyak buah-buahan, nasi hanya sekali dan lebih banyak protein".

Kenapa?: Diet orang kita ni sngt kaya dengan karbohidrat. Pagi-pagi lagi kalau sarapan di luar, pilihan tertumpu kpd samada roti canai, nasi lemak, soto ayam, lontong, mee goreng, mihun goreng dan yang seumpama dengannya...sangat tinggi kandungan karbo nya.. Karbohidrat yang masuk ke dalam badan jika tidak digunakan akan ditukar kpd lemak simpanan.

Makanan sepertimana yang harus kita elakkan?

1. Makanan dan minuman bergula! Ini yang paling teruk..contohnya.. minuman dalam tin (coke, pepsi, seven up dan yang sewaktu dengannya), minuman jus, candy, ais-krim, coklat, kek, kueh-mueh)

2. Makanan yang tinggi dengan kanji seperti roti, nasi, pasta, bubur nasi, kentang, kentang goreng(fries), mee dan mihun.

3. Marjerin, kerana khasiat kesihatan yang kurang.

4. Buah-buahan yang manis seperti durian, pisang, manggis, rambutan dan mangga.


Apa yang boleh makan doc?

1. Daging seperti ayam, daging lembu atau kambing. 

2. Telur, samada rebus atau omelet.

3. Ikan, sotong, udang dan seumpamnya.

4. Sayur-sayuran (yang hidup di permukaan tanah. ie bukan akar), contohnya kobis, brokoli, asparagus, sawi, bayam, bawang dan bunga kobis.

5. Produk tenusu yang 'full cream' contoh 'butter', 'sour cream', yogurt; elakkan low fat product yang kaya dengan gula.

6 .Kacang.


Agak sukar juga untuk mengubah tabiat pemakanan. Cuma bagi mereka yang bersungguh-sungguh untuk amalkan low carbo diet, saya sarankan mulakan pagi anda dengan whey protein milk shake. Saya sendiri pernah mencubanya dan memang membantu untuk rasa tak lapar and yet low carbohydrate.

Antara whey protein milk shake yang ada di pasaran yang boleh anda cuba.

Selamat mencuba dari saya di KLINIK KU!. Ceria-ceria selalu!
Belanja pic satu hari ni!




Regards,


Dr Ku Masliza

No comments:

Post a Comment