RAWATAN MICRONEEDLE
- antara rawatan yang menjadi pilihan pesakit
- mudah dan masa pulih minima
- kos berpatutan
- keputusan memuaskan
Konsep Rawatan:
Jarum-jarum halus pada alat seperti pen ini bertindak menyucuk masuk ke dalam lapisan dermis kulit merangsang penghasilan kolagen baru. Bagaimana? Teknik ini menghasilkan kecederaan mikro kepada lapisan dermis di dakam kulit. Dan salah satu hasil tindakbalas kulit kepada kecederaan mikro ini adalah penghasilan kolagen baru. Penghasilan kolagen baru bermula 2 minggu dari tarikh rawatan dan proses penghasilan kolegen berterusan untuk beberapa bulan. Oleh kerana itu, keputusan rawatan juga
mengambil masa beberapa bulan. Dengan rawatan yang konsisten, iaitu sekali sebulan, maka kulit akan menjadi bertambah baik dan parut jerawat akan menjadi lebih halus dan nipis.
Persediaan untuk prosedur:
Apakah prosedur ini sakit?
Tidak, sekiranya krim anestetik berkesan dengan baik pada kulit anda, maka sakit sangat minima.
Siapa yang sesuai?
Sesuai untuk mereka yang mempunyai parut jerawat, juga mereka yang mempunyai kedut dan garis-garis halus di muka, atau sesiapa yang inginkan rejuvenasi kulit secara amnya. Mungkin tidak sesuai kepada mereka yang mempunyai sejarah kulit terlalu kering, gatal dan mudah merah.
KLINIK KU 03 41490801/013 3477284
No comments:
Post a Comment