Showing posts with label pakar jerawat. Show all posts
Showing posts with label pakar jerawat. Show all posts

Monday, 7 August 2017

TCA CROSS...APA TCA NI DOC?

TCA bererti Trichloroacetic Acid, sejenis bahan kimia dari kumpulan acetic acid yang sekian lama digunakan sebagai ejen penglupasan kulit untuk tujuan kecantikkan. TCA bilamana disapu kepada kulit akan meresap masuk ke dalam lapisan epidermis dan melonggarkan sel-sel kulit mati yang berada di permukaan atas. Walau  bagaimana pun, kadar resapan dan kedalaman asid ini masuk ke dalam kulit bergantung kepada kepekatan asid yang digunakan. Oleh itu secara amnya adalah dinasihatkan supaya rawatan ini TIDAK dibuat sesuka hati di rumah atau salon. Risiko kulit merah dan melecur semakin tinggi dengan konsentrasi asid yang digunakan dan juga dengan bilangan lapisan larutan yang disapu ke atas kulit.

Secara amnya, TCA peel boleh membantu untuk masalah-masalah berikut: 

Jerawat
Pigmentasi dan brown spots
Garisan kedut yang halus
Parut jerawat yang bertompok-tompok hitam

TCA CROSS pula bermaksud Chemical Reconstruction of Skin Scar

Melibatkan penggunaan TCA berkonsentrasi tinggi, disapu khas ditempat yang berparut lubang(depressed scars), yang mana selepas ianya meresap masuk ke dalam kulit, akan ada inflamasi berlaku, dan salah satu produk inflamasi terhasil adalah kolagen dan tisu baru yang tumbuh dan mengisi lubang parut tersebut. Proses penghasilan tisu baru mengambil masa dari 2 minggu selepas rawatan sehinggalah beberapa bulan. Jadi result mengambil masa untuk dilihat.


Skin frosting yang berlaku semasa TCA CROSS

Prosedur ini antara rawatan yang ringkas dan berkesan di samping kos yang agak rendah berbanding dengan teknik lain. 

Selepas rawatan, bahagian kulit yang disapu TCA akan menjadi putih, dan akan hilang selepas beberapa jam. Selepas 1-2 hari bahagian tersebut akan menjadi gelap dan kering. Selepas beberapa hari, kulit tersebut akan mengelupas dan tanggal.

Penjagaan selepas rawatan termasuk melindungi kulit dengan Gel UV yang sesuai dengan jenis kulit.

Untuk kulit jenis Asia seperti Kaum Melayu dan India, ada risiko Post Inflammatory Hyperpigmentation(PIH), yang akan hilang selepas beberapa bulan. Masalah ini tidak berlaku di kalangan Caucasian dan yang berkulit cerah.

Untuk mendapat results optimum, prosedur ini perlu diulang beberapa kali.

03 41490801/013 3477284

Tuesday, 11 July 2017

RAWATAN PARUT JERAWAT DENGAN KAEDAH MICRONEEDLE



 RAWATAN MICRONEEDLE

- antara rawatan yang menjadi pilihan pesakit
- mudah dan masa pulih minima
- kos berpatutan
- keputusan memuaskan

Konsep Rawatan:

Jarum-jarum halus pada alat seperti pen ini bertindak  menyucuk masuk ke dalam lapisan dermis kulit merangsang penghasilan kolagen baru. Bagaimana? Teknik ini menghasilkan kecederaan mikro kepada lapisan dermis di dakam kulit. Dan salah satu hasil tindakbalas kulit kepada kecederaan mikro ini adalah penghasilan kolagen baru. Penghasilan kolagen baru bermula 2 minggu dari tarikh rawatan dan proses penghasilan kolegen berterusan untuk beberapa bulan. Oleh kerana itu, keputusan rawatan juga 
mengambil masa beberapa bulan. Dengan rawatan yang konsisten, iaitu sekali sebulan, maka kulit akan menjadi bertambah baik dan parut jerawat akan menjadi lebih halus dan nipis.

Persediaan untuk prosedur:


Kulit muka akan diperiksa oleh doktor yang bertauliah. Seterusnya, jika sesuai, krim anestetik akan disapu di kulit muka dan dibiarkan selama 45 minit. Setelah itu, krim anestetik dibuang, dan prosedur microneedle dimulakan. Serum, atau peptide atau PRP(Plasma Rich Platelet) akan disapu di permukaan muka di penghujung sesi microneedle ini.

Apakah prosedur ini sakit?

Tidak, sekiranya krim anestetik berkesan dengan baik pada kulit anda, maka sakit sangat minima.

Siapa yang sesuai? 

Sesuai untuk mereka yang mempunyai parut jerawat, juga mereka yang mempunyai kedut dan garis-garis halus di muka, atau sesiapa yang inginkan rejuvenasi kulit secara amnya. Mungkin tidak sesuai kepada mereka yang mempunyai sejarah kulit terlalu kering, gatal dan mudah merah.


KLINIK KU 03 41490801/013 3477284



Tuesday, 6 September 2016

RAWATAN PARUT JERAWAT YANG EFEKTIF

Terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk merawat Parut Jerawat.

Kaedah di video yg dipaparkan ialah : Rawatan Microneedle + PRP





Untuk pertanyaan lanjut

WhatsApp 013 347 7284

Monday, 17 August 2015

KLINIK KU

RAWATAN JERAWAT & JERAGAT


Antara rawatan yang popular:

Rawatan untuk jerawat, parut jerawat, jeragat, kuruskan badan dan wellness programme.
  
Antara prosedur yang disediakan di sini:

Microdermabrasion
Chemical Peeling
Microneedle
Filler
Vitamin replacement programme


9-1, BLOK 1A, JALAN WANGSA DELIMA 13,
WANGSA MAJU, 53300
KUALLUMPUR

03 41490801

Monday, 10 August 2015

KLINIK KU- KLINIK JERAWAT

KUNJUNGI KLINIK KU DI WANGSA MAJU UNTUK RAWATAN JERAWAT


Anda pernah mengalami masalah jerawat?

Ceritakan kepada kami tentang masalah jerawat yang pernah anda lalui dan apakah kesan jerawat kepada hidup anda. Ceritakan juga apa yang anda lakukan untuk mengatasi masalah jerawat tersebut.

Sila e mailkan cerita anda kepada klinikkuwangsamaju@gmail.com

Tuliskan nama pengirim, kad pengenalan dan no talipon. Cerita yang terpilih akan kami siarkan dalam blog ini.

Other posts: 
Tips kesihatan untuk jemaah haji :  klik sini
Cara menghilangkan jerawat : klik sini
Pembersih muka untuk kulit jerawat: klik sini