Showing posts with label cegah serangan jantung. Show all posts
Showing posts with label cegah serangan jantung. Show all posts

Thursday, 30 June 2016

Ramadhan telah hampir ke penghujungnya..


Sedar tak sedar, masa berlalu begitu pantas...sudah 26 hari kita berada di bulan Ramadhan...Ramadhan sekali dalam setahun, entah bertemu atau tidak Ramadhan di tahun hadapan..Saya berharap kita semua sudah dan akan manfaatkan sepenuhnya peluang-peluang beribadah di bulan Ramadhan, bukan saja untuk  kesihatan tapi keseluruhannya.

Awas!!.. Perkara yang paling sering berlaku ialah.....di hari raya pertama kemunculan hidangan-hidangan yang menguji ketahanan anda...kepada yang berjaya turun beberapa kilo berat badan semasa berpuasa...tahniah!.., jangan pula biarkan berat naik 2-3kg dalam masa 2-3 hari ye...rugilah usaha anda.. It's all about mind over matter...setkan minda anda yang anda akan makan sedikit mengikut keperluan dan bukan mengikut emosi dan selera yang membuak-buak itu! Sederhana, sederhana dan sederhana saja....





SALAM AIDIL FITRI DARI SAYA DI KLINIK KU. MAAF ATAS KESILAPAN DAN KEKHILAFAN.  PANDU KERETA BERHATI-HATI YA...SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI.


Dr Ku Masliza

P/S:  Klinik Tutup Dari 5 JULAI - 10 JULAI 2016.

Thursday, 3 March 2016

Rahsia Awet Muda dan Maintain Sihat Untuk Golongan 40an ke atas



Dewasa ini terlalu banyak produk di pasaran yang claim banyak kelebihan untuk kesihatan mahupun kecantikkan. Kebanyakkan
produk tempatan walaupun disokong oleh testimoni pengguna tetapi masih kekurangan kajian klinikal yang boleh diterima di peringkat antarabangsa.

 Di sini saya nak introduce produk suplemen harian iaitu Phyto-Berries.

PHYTO-BERRIES- apa kelebihan produk ini ya?

- bersifat anti-oksidan bergred tinggi dan semulajadi
- rasa buahan berries dan diekstrak dari 9 jenis buah berry(red cherries, cranberries, billberries, blueberries, blackberries, mulberries, strawberries, boyson berries dan red/black raspberries) 
-baik untuk mencegah penyakit seperti serangan jantung(MI), penyakit Parkinson dan Kanser.
- mempunyai beberapa kajian klinikal yang menyokong faedah-faedahnya

Apakah yang dimaksudkan dengan antioksidan?

Antioksidan adalah bahan/molekul yang bertindak untuk meneutralkan 'free radicals' dalam tubuh manusia.

Apakah pula 'free radicals'?

Free radicals pula merujuk kepada bahan-bahan toksin yang terhasil dari aktiviti-aktiviti harian yang terjadi dalam tubuh badan seseorang manusia seperti senaman, pernafasan, pembakaran makanan, merokok, tekanan/stres dan pencemaran di sekitar.

Tubuh badan manusia terdiri dari berjuta-juta sel. Sel mengandungi molekul-molekul yang mana pula terbina dari sejumlah atom-atom. Bilamana satu molekul yang sihat hilang elektron, molekul tersebut menjadi tidak stabil dan dikenali sebgai 'radical'. Radical inilah yang bertanggungjawab merosakkan sel-sel sihat dan boleh membawa kepada penyakit-penyakit tertentu seperti Kanser, Sakit Jantung, Parkinson dan Alzheimer.


Untuk sihat pastikan saja bukan dengan suplemen semata-mata, gaya hidup anda juga mestilah sihat!


Say NO to smoking!
Jangan stress stress!
Cara pemakanan yang betul dan sederhana(ie jangan biarkan diri anda obes)
Kurangkan racun putih!(...iaitu gula..boleh digantikan dengan stevia yang natural)
Dan jaga kulit anda sentiasa supaya pigmentasi dan fine lines dapat dilewatkan

...jika  anda amalkan petua di atas, Insha Allah..anda akan sihat dan kelihatan muda selalu!!


Salam Hormat dari saya,

Dr Ku Masliza

p/s.. nantikan artikel about somaplus and stevia pulak ye