Showing posts with label stevia. Show all posts
Showing posts with label stevia. Show all posts

Sunday, 14 August 2016

GULA PUTIH- MANIS YANG BERACUN

Salam sihat semua!. Susulan dari WEIGHT  LOSS workshop yang saya hadiri semalam, saya ingin sharing di sini mengenai bahayanya gula kepada kesihatan manusia.

Di sini saya nak highlight tentang kehadiran gula FRUKTOS dalam minuman-minuman tin dan bergas yang banyak dijual di kedai2 dan di restoran2. Masyarakat kita seolah2 dah terbiasa dengan budaya minum minuman bergula tinggi ini. 



High Fructose Corn Syrup adalah pemanis sintetik yang hadir dalam banyak jenis minuman di pasaran.

Apa keburukkan gula pemanis ini?

Tingginya kandumgan gula maka lebih tingg risiko dapat Diabetes, Obesiti, Metabolic Syndrome dan Penyakit Darah Tinggi.

Gula bila mana memasuki tubuh badan seseorang akan menyebabkan INFLAMMATION(RADANG) yang mana bila kronik menyebabkan seseorang boleh mendapat serangan jantung, stroke, kanser dan sebagainya.

Jadi mulakan langkah pertama hari ini untuk selamatkan jantung anda, tubuh badan anda dari kerosakkan dengan mengurangkan pengambilan gula.



JOM TINGGALKAN GULA PUTIH HARI INI!




Thursday, 3 March 2016

Rahsia Awet Muda dan Maintain Sihat Untuk Golongan 40an ke atas



Dewasa ini terlalu banyak produk di pasaran yang claim banyak kelebihan untuk kesihatan mahupun kecantikkan. Kebanyakkan
produk tempatan walaupun disokong oleh testimoni pengguna tetapi masih kekurangan kajian klinikal yang boleh diterima di peringkat antarabangsa.

 Di sini saya nak introduce produk suplemen harian iaitu Phyto-Berries.

PHYTO-BERRIES- apa kelebihan produk ini ya?

- bersifat anti-oksidan bergred tinggi dan semulajadi
- rasa buahan berries dan diekstrak dari 9 jenis buah berry(red cherries, cranberries, billberries, blueberries, blackberries, mulberries, strawberries, boyson berries dan red/black raspberries) 
-baik untuk mencegah penyakit seperti serangan jantung(MI), penyakit Parkinson dan Kanser.
- mempunyai beberapa kajian klinikal yang menyokong faedah-faedahnya

Apakah yang dimaksudkan dengan antioksidan?

Antioksidan adalah bahan/molekul yang bertindak untuk meneutralkan 'free radicals' dalam tubuh manusia.

Apakah pula 'free radicals'?

Free radicals pula merujuk kepada bahan-bahan toksin yang terhasil dari aktiviti-aktiviti harian yang terjadi dalam tubuh badan seseorang manusia seperti senaman, pernafasan, pembakaran makanan, merokok, tekanan/stres dan pencemaran di sekitar.

Tubuh badan manusia terdiri dari berjuta-juta sel. Sel mengandungi molekul-molekul yang mana pula terbina dari sejumlah atom-atom. Bilamana satu molekul yang sihat hilang elektron, molekul tersebut menjadi tidak stabil dan dikenali sebgai 'radical'. Radical inilah yang bertanggungjawab merosakkan sel-sel sihat dan boleh membawa kepada penyakit-penyakit tertentu seperti Kanser, Sakit Jantung, Parkinson dan Alzheimer.


Untuk sihat pastikan saja bukan dengan suplemen semata-mata, gaya hidup anda juga mestilah sihat!


Say NO to smoking!
Jangan stress stress!
Cara pemakanan yang betul dan sederhana(ie jangan biarkan diri anda obes)
Kurangkan racun putih!(...iaitu gula..boleh digantikan dengan stevia yang natural)
Dan jaga kulit anda sentiasa supaya pigmentasi dan fine lines dapat dilewatkan

...jika  anda amalkan petua di atas, Insha Allah..anda akan sihat dan kelihatan muda selalu!!


Salam Hormat dari saya,

Dr Ku Masliza

p/s.. nantikan artikel about somaplus and stevia pulak ye