Showing posts with label obesiti. Show all posts
Showing posts with label obesiti. Show all posts

Sunday, 14 August 2016

GULA PUTIH- MANIS YANG BERACUN

Salam sihat semua!. Susulan dari WEIGHT  LOSS workshop yang saya hadiri semalam, saya ingin sharing di sini mengenai bahayanya gula kepada kesihatan manusia.

Di sini saya nak highlight tentang kehadiran gula FRUKTOS dalam minuman-minuman tin dan bergas yang banyak dijual di kedai2 dan di restoran2. Masyarakat kita seolah2 dah terbiasa dengan budaya minum minuman bergula tinggi ini. 



High Fructose Corn Syrup adalah pemanis sintetik yang hadir dalam banyak jenis minuman di pasaran.

Apa keburukkan gula pemanis ini?

Tingginya kandumgan gula maka lebih tingg risiko dapat Diabetes, Obesiti, Metabolic Syndrome dan Penyakit Darah Tinggi.

Gula bila mana memasuki tubuh badan seseorang akan menyebabkan INFLAMMATION(RADANG) yang mana bila kronik menyebabkan seseorang boleh mendapat serangan jantung, stroke, kanser dan sebagainya.

Jadi mulakan langkah pertama hari ini untuk selamatkan jantung anda, tubuh badan anda dari kerosakkan dengan mengurangkan pengambilan gula.



JOM TINGGALKAN GULA PUTIH HARI INI!




Sunday, 8 November 2015

Doc, cam na nak kurus?

Assalamualaikum & salam sihat semua,

Antara soalan popular dari pesakit saya macam mana nak turunkan berat badan dengan berkesan.

Yes!..its all about being healthy


Setelah hampir 10 tahun dalam bidang estetik dan healthy aging ini, saya ada beberapa pemerhatian untuk dikongsikan bersama.

1. Ramai yang tanpa disedari atau dalam keadaan sedar, tidak berbuat apa-apa walaupun berat badan dirasai semakin bertambah. Mereka cuma membeli baju baru yang lebih besar saiznya dari masa ke semasa. Mungkin ada yang sedar tetapi belum cukup kuat untuk berbuat sesuatu, sehinggalah orang-orang sekeliling kita seperti suami atau ibu bapa atau kawan2 mula menegur barulah mula terasa di hati.

2. Ada yang sedar perlu untuk berbuat sesuatu tetapi kurang motivasi dan mahukan jalan cepat untuk kuruskan badan. Mereka ini 'jump from one slimming centre to another' hoping to find fast solution.

3. Segelintir lagi suka mencuba sesuatu sekadar menyedapkan hati sendiri, soeolah-olah 'i am doing something about my weight'...pada hakikat sebenarnya mereka datang untuk 1 atau 2 sesi dan terus hilang, selalunya mencuba teknik lain atau akan berikan jawapan, 'saya dah cuba rawatan ini tapi tak berjaya'...dan akan menyalahkan rawatan yang tidak berkesan..

4. Sekumpulan lagi jenis 'ada aku kisah'...so gemuk pun tak pe lahh dok..asalkan 'sihat'... hakikat sebenarnya gemuk yang melampau memang tidak sihat.

5. Yang satu kumpulan ni lah yang saya suka...yang sangat bermotivasi dan bermatlamat dan memberi kenyataan seperti 'no matter what doc, i must lose weight'...so orang yang seperti inilah yang memang akan berjaya.. turun 10-15kg dlm masa 3-4 bulan menjadi kenyataan..

Bagaimana nak turunkan berat badan doc?....nanti saya akan kongsikan caranya dalam artikel yang akan datang ye....






Wednesday, 22 April 2015

PROGRAM KURUS DAN SIHAT

TERBARU!

Klinik Ku kini memulakan satu program pengurusan berat badan yang baru, iaitu pemakanan yang berkalori rendah.

Ramai yang kurang berjaya apabila cuba menurunkan berat badan dengan hanya mengambil suplemen seperti 'fat burner' atau 'fat blocker'. Sesungguhnya realiti sebenar adalah KENAIKKAN BERAT BADAN seseorang itu sangat berkait rapat dengan cara hidup mereka, lebih spesifiknya amaun kalori yang diambil setiap hari dan aktiviti-aktiviti seharian yang dilakukan.

Oleh itu, doktor kami di KLINIK KU sangat komited untuk membantu anda dengan menyediakan 'meal replacement programme' di mana anda akan diberi jadual pemakanan beserta makanan/snek/minuman  yang rendah kalori untuk diamalkan setiap hari di rumah.

3 PLAN UTAMA:

PLAN A : 9 DAY PROGRAMME. 

PLAN B : 16 DAY PROGRAMME

PLAN C : 30 DAY PROGRAMME


NEXT SMALL GROUP WEIGHT LOSS COACHING 

 9TH MAY 2015, 12-2PM

VENUE: KLINIK KU WANGSA MAJU

FREE ENTRANCE

CALL 03 41490801